Pages

Tuesday, 25 April 2017

mukasurat baharu

lelah menyelak lembar-lembar usang.
mengulangi kisah yang sama. muak!
disaat kau gelisah menelusuri lembaran berbeza dengan isi yang sama,
jiwa sering merintih.

'Allah, hambaMu dahagakan kisah baharu. hambaMu ini sudah derita melalui kisah yang sama.'

maka, dikurnia lembaran baharu dengan kisah baharu.
kisah yang pernah hampir kau lalui suatu ketika dahulu
namun, kau menyerah sebelum kaki melangkah ke medan tempur.

ada sebabnya Tuhan hadirkan peluang untuk meniti semula lembaran kisah ini.
nikmatilah dan telitilah lembaran ini dengan penuh kesungguhan.

ya. 
lembaran ini tidak penuh dengan lakaran indah bunga-bungaan sahaja.
mungkin satu masa kau akan dapati lembaran ini kosong.
dan.
kau hilang arah.
maka, waktu itu semoga kau tidak lupa wujudnya Dia.
Yang Memberi Petunjuk.
pintalah kekuatan dan petunjuk dariNya.

usah.
usah dipinta dihilangkan ujian, tapi pintalah kekuatan untuk menempuhi ujian.

'life is meant to be tested.'
semoga kau terus kuat.
semoga terlukis pelangi dihujung lembaran kisah ini dan
semoga kau peroleh infiniti hikmah dalam perjalanan ini.

'Allah, bantu kami untuk menghargai dan mensyukuri peluang yang Kau beri kepada kami.'

kips, 25/04/2017, 2221.p.m

tingkah kata dua entiti berbeza dalam jasad yang sama.