Pages

Saturday, 23 March 2013

Generasi WTF

Assalamualaikum warahmatullah.



Hari tuh awal pagi, saya seperti biasa bersiap-siap nak pi kuliah.
Malas berjalan kaki, saya mengambil keputusan untuk menaiki bas kampus.
Naik bas, akan mengambil masa kurang lebih 15 minit untok sampai sekolah (fakulti).
Berjalan kaki, mengambil masa kurang lebih 7 minit camtuhlah.

Kalau nak tau, kat kampus saya ni, nak naik bas kena bijak.
Bijak mengatur diri supaya mampu menyumbatkan diri ke dalam bas.
Yalah, student kampus ni, semuanya berdedikasi (lah konon) dan berusaha untok datang kelas walauapa cara sekalipon.
Maka persaingan untok mendapatkan bas sangatlah sengit.

Lagi-lagi untok pelajar wanita (muslim), kena bijak membawa diri.
Bagi mengelakkan perlanggaran (dengan makhluk berlainan jantina) yang dahsyat berlaku.

Ok, nak dijadikan cheghita, pagi tuh saya berjaya menyusup kedalam bas.
Namun, bilamana saya masuk, tengok kerusi semuanya penuh belaka.
Kecualilah sebuah kerusi, maka saya pon duduklah atas satu satunya kerusi kosong tuh.
Duduk sambil berusaha mengecilkan diri sekecil mungkin, sebab kat sebelah tuh pelajar lelaki.

Pada ketika bas tuh bergerak, tiba tiba talipon lelaki sebelah saya tuh berbunyi (sangat kuat ok).
Masa tuh, saya jadi pendengar jelah. Maka :

hello, what? class cancel aa? what the fu*k! haish &^%#$*

Speechless kot.
Masa tuh telinga rasa berdesing. Macham ada orang pukul gendang seblah telinga. (overokover)

+++++++++

Semester nih, saya hanya ada dua subjek yang kena ada lab (practical or experiment, all the same lah).
Analytical Chemistry II (kimia analisis II) dan Inorganic Chemistry II (kimia inorganik II).
Untuk kimia inorganik, dalam group saya ada 7 orang.
Tapi yang seorang tuh senior.
Dalam 6 orang tuh, 4 pelajar lelaki dan 2 pelajar wanita (saya & seorang kawan saya).

Hendak dijadikan cerita lagi, sekali tuh masa amali kimia inorganik, kitorang buat experiment macham biasalah.
Ikut prosedur dalam manual yang disediakan.

Bila dah syok-syok buat tuh, baru sedar product yang kami dapat salah maka mulalah manusia manusia dalam kumpulan saya ituh jadi panik.
Yalah, semua nak balik hostel awal kot. :3

So, takda pilihan lain, kena ulang lagi.
Saya masa tuh, macham panas jugak lah. Yalah, campur chemical tuh, campur chemical nih, lepah tuh boil, tunggu 15 minit bla bla bla. (lambat sangat!)
Tapi nak marah buat apa? Bukannya apparatus dan chemical tuh boleh gerak sendiri kan. (paham dak? tak paham takpa, exam tak soal benda nih)

Ok, bila dah setart balik, sampai pada step ke berapa ntah, tiba tiba, seorang ahli group saya tuh datang kat meja group kami dengan berlari-lari anak (muka cemas ok. haha). Sambil berkata:

hey, we do wrong. No need to stirr. just leave it...!!!

Maka manusia yang tengah men'stir tuh, berhenti serta-merta.
Bila kami tengok solution tuh, yang pada mulanya keruh dan nampak ada precipitate dah jadi macham air suling pun ada. :3
Sigh heavily. Epic failed!
Maka bermulalah conversation yang sangat...:

Lelaki yang berlari tadi: ah, fail again oh. fu*k oh.
Lelaki lagi satu: haih. sh*t. (suara sayup-sayup tapi mampu didengar dengan jelas bagi telinga yang masih sehat.)

Sentap ok.
Bukan apa, sakit hati dengar perkataan-perkataan aneh tuh.
Dan, setiap kali berlaku kesilapan masa amali, perkataan tuh mesti kedengaran walau sekali.

+++++++++

Saya sebenarnya agak terkilan bila mendengar perkataan perkataan begitu.
Bukan setakat terkilan.
Malah risau jugak.
Sebab apa?
Bila dah selalu sangat dengar, menyebabkan ianya akan sebati dengan jiwa.
Siapalah yang mahukan jiwa yang penuh dengan kata-kata kesattthh kan.

Andai saja mereka tahu :

من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليقل خيرا او ليصمت

sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, 
hendaklah ia berkata yang baik atau diam.

Mesti best. ye dak?

Meskipon mereka bukanlah muslim,
Tapi saya yakin, setiap agama juga menyeru penganutnya untok menjaga perilaku
dan lisan mereka.

Penat kot dengar words tu selalu.

Maka itu saya menyeru kepada diri saya sendiri
dan juga manusia-manusia, agar menjaga lisan kita.

Yalah, mungkin kau rasa sedap je sebut-sebut perkataan tuh.
atau mungkin kau rasa haibat dan gah jer sebut perkataan tuh, 
(homai! kalau betullah ada yang rasa begini, tak taulah apa nak jadi)
tapi fikirlah, rasa-rasanya orang sekeliling kau suka tak perkataan tuh.

ok, tu jelah, panjang sangat kot.

Semoga.

Arifah Waly,
Anugerah Bestari,
Jamadil Awal.


~gambar tuh saya ambik kat belakang lab kat sekolah saya (school of science and technology). takda kaitan pon dengan entri.
~ohya, lab selalu masa petang start jam 2, jadi bila dah rasa lab tuh macham lambat siap, saya 
akan menyelinap keluar dengan penuh bergaya dari lab, pi surau sekolah, solat asar. Sebab kadang-kadang dah masuk waktu maghrib, baru siap setengah eksperimen :3.