Pages

Sunday, 14 July 2013

Bingkisan Daging

Gambar ni tak salah saya, diambil oleh kakak saya kat tepi rumah di kampung.
'Rangka' pokok durian? Mungkin.

Persepsi.
Punya variasi.
Laluan lenggang-lenggok ala-ala penari dangdut,
menarikan tarian sundal
motifnya apa entah tidak mampu diuraikan
dengan minda dangkal kelas Z.

Sibuk dilamun buaian jiwa celaru sarang monyet
pucuk hijau daun pisang
habis dihurung serangga.
Sudah terhantuk baru terngada.

Kadang,
kelopak mawar kian jatuh
dek gangguan parasit
masih mengeluarkan
haruman, tak serik.

Kata punya akal
tetap perilaku persis Patrick
Otak tiada berfikir bagaimana?
Padah bongkak mendongak langit
menyombong, memagari seketul daging
pada akhirnya menjadi daging hitam
Busuk! Hanya layak menjadi santapan
Buaya albino.

Beruntung
andai usaha lebih
cari daging segar kala
tunduk, sujud hina pada yang maha satu
kala melafaz kalam agung.

Namun
andai tidak temui
putus asa jangan!
rahmatNya luas.

Pintalah daging bersih suci murni yang segar.
Mula pada lembaran baru.
Lakarlah, tulislah penuh teliti.
Salah tercipta, pemadam getah ada
Liquid paper pelbagai jenama ada.
Selagi wujudnya lembaran
Tiadalah konklusi pada kegagalan.
Teruskan, hingga titik noktah penuh bermakna ditemui.

Manusia diciptakan sebagai sebaik-baik ciptaan.
Beruntunglah bagi yang berfikir.
Sebaliknya, rugi.

Arifah Waly,
5 Ramadhan,
Somewhere in the world.

Sebar cinta Pencipta Cinta,
Islam tersebar, insyaAllah.

Friday, 31 May 2013

its Kaamatan Day!

Assalamualaikum warahmatullah.

throwback: a looooong time ago.



Masa benar-benar berterbangan. Eh?
Sebenarnya tak. Semester ini saya rasakan seolah-olah sangat lembab masa mengengsot.
Sepertimana cakap-cakap daripada pensyarah tercinta,
semester ini adalah semester penyeksaan bagi pelajar-pelajar kimia.

Seorang pensyarah kata,

"Saya sangat kasihan pada pelajar program ini, bila masuk sahaja semester empat. Untuk semester empat sahaja."

Sememangnya semester ini sangat mendahagakan.[?].
Tapi, tidak mengapa, ia hampir berakhir.
Namun sebelum berakhirnya semester ini, perlu menghadapi satu lagi pagar terakhir.
Semoga saya dan rakan-rakan seperjuangan bisa melompat pagar tersebut dengan penuh bergaya.
Semoga.

Apa-apa pun, mohon doa daripada insan-insan yang terbaca post ini, semoga kami dipermudahkan!
Semoga semua insan di seluruh pelosok bumi yang bakal melalui nasib yang sama, dipermudahkan olehNya.

1. Principal and Technology of Chemical Processes (4/06/2013)
2. Inorganic Chemistry II (5/06/2013)
3. Statictics (7/06/2013)
4. Organic Spectroscopy (11/06/2013)
5. Analytical Chemistry II (13/06/2013)
6. Separation Technology and Instrumentation (14/06/2013)

Undoubtedly, along with the hardships, there is ease!

And yeah, Final Year Project (FYP)'s title will be announced at 13rd of june.
nevesnevesnevesangat!

Macham baru je semalam saya mendaftar masuk kampus, dah nak final year.
Oh Allah. Permudahkanlah urusan kami, jangan persulitkan. Hanya Engkau tempat kami bergantung harap. Amiin.

Bai de way,
Kotobian Tadau Tagayo do Kaamatan.
Agayo koinsikahan kumaa Allah sabab
pinatahak diti rejeki (parai) kumaa dikoi.
Harap-harap haro barkat.

"Jika kamu mensyukuri nikmatKu, maka akanKu pertambahkan.
Namun, sekiranya kamu kufur, ingatlah azabKu amat pedih."
[Ibrahim : 7]
Spread Love,
Arifah Waly,
31 may 2013.
Anugerah Bestari.

Ijtahid wa laa taksal!!!

Saturday, 23 March 2013

Generasi WTF

Assalamualaikum warahmatullah.



Hari tuh awal pagi, saya seperti biasa bersiap-siap nak pi kuliah.
Malas berjalan kaki, saya mengambil keputusan untuk menaiki bas kampus.
Naik bas, akan mengambil masa kurang lebih 15 minit untok sampai sekolah (fakulti).
Berjalan kaki, mengambil masa kurang lebih 7 minit camtuhlah.

Kalau nak tau, kat kampus saya ni, nak naik bas kena bijak.
Bijak mengatur diri supaya mampu menyumbatkan diri ke dalam bas.
Yalah, student kampus ni, semuanya berdedikasi (lah konon) dan berusaha untok datang kelas walauapa cara sekalipon.
Maka persaingan untok mendapatkan bas sangatlah sengit.

Lagi-lagi untok pelajar wanita (muslim), kena bijak membawa diri.
Bagi mengelakkan perlanggaran (dengan makhluk berlainan jantina) yang dahsyat berlaku.

Ok, nak dijadikan cheghita, pagi tuh saya berjaya menyusup kedalam bas.
Namun, bilamana saya masuk, tengok kerusi semuanya penuh belaka.
Kecualilah sebuah kerusi, maka saya pon duduklah atas satu satunya kerusi kosong tuh.
Duduk sambil berusaha mengecilkan diri sekecil mungkin, sebab kat sebelah tuh pelajar lelaki.

Pada ketika bas tuh bergerak, tiba tiba talipon lelaki sebelah saya tuh berbunyi (sangat kuat ok).
Masa tuh, saya jadi pendengar jelah. Maka :

hello, what? class cancel aa? what the fu*k! haish &^%#$*

Speechless kot.
Masa tuh telinga rasa berdesing. Macham ada orang pukul gendang seblah telinga. (overokover)

+++++++++

Semester nih, saya hanya ada dua subjek yang kena ada lab (practical or experiment, all the same lah).
Analytical Chemistry II (kimia analisis II) dan Inorganic Chemistry II (kimia inorganik II).
Untuk kimia inorganik, dalam group saya ada 7 orang.
Tapi yang seorang tuh senior.
Dalam 6 orang tuh, 4 pelajar lelaki dan 2 pelajar wanita (saya & seorang kawan saya).

Hendak dijadikan cerita lagi, sekali tuh masa amali kimia inorganik, kitorang buat experiment macham biasalah.
Ikut prosedur dalam manual yang disediakan.

Bila dah syok-syok buat tuh, baru sedar product yang kami dapat salah maka mulalah manusia manusia dalam kumpulan saya ituh jadi panik.
Yalah, semua nak balik hostel awal kot. :3

So, takda pilihan lain, kena ulang lagi.
Saya masa tuh, macham panas jugak lah. Yalah, campur chemical tuh, campur chemical nih, lepah tuh boil, tunggu 15 minit bla bla bla. (lambat sangat!)
Tapi nak marah buat apa? Bukannya apparatus dan chemical tuh boleh gerak sendiri kan. (paham dak? tak paham takpa, exam tak soal benda nih)

Ok, bila dah setart balik, sampai pada step ke berapa ntah, tiba tiba, seorang ahli group saya tuh datang kat meja group kami dengan berlari-lari anak (muka cemas ok. haha). Sambil berkata:

hey, we do wrong. No need to stirr. just leave it...!!!

Maka manusia yang tengah men'stir tuh, berhenti serta-merta.
Bila kami tengok solution tuh, yang pada mulanya keruh dan nampak ada precipitate dah jadi macham air suling pun ada. :3
Sigh heavily. Epic failed!
Maka bermulalah conversation yang sangat...:

Lelaki yang berlari tadi: ah, fail again oh. fu*k oh.
Lelaki lagi satu: haih. sh*t. (suara sayup-sayup tapi mampu didengar dengan jelas bagi telinga yang masih sehat.)

Sentap ok.
Bukan apa, sakit hati dengar perkataan-perkataan aneh tuh.
Dan, setiap kali berlaku kesilapan masa amali, perkataan tuh mesti kedengaran walau sekali.

+++++++++

Saya sebenarnya agak terkilan bila mendengar perkataan perkataan begitu.
Bukan setakat terkilan.
Malah risau jugak.
Sebab apa?
Bila dah selalu sangat dengar, menyebabkan ianya akan sebati dengan jiwa.
Siapalah yang mahukan jiwa yang penuh dengan kata-kata kesattthh kan.

Andai saja mereka tahu :

من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليقل خيرا او ليصمت

sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, 
hendaklah ia berkata yang baik atau diam.

Mesti best. ye dak?

Meskipon mereka bukanlah muslim,
Tapi saya yakin, setiap agama juga menyeru penganutnya untok menjaga perilaku
dan lisan mereka.

Penat kot dengar words tu selalu.

Maka itu saya menyeru kepada diri saya sendiri
dan juga manusia-manusia, agar menjaga lisan kita.

Yalah, mungkin kau rasa sedap je sebut-sebut perkataan tuh.
atau mungkin kau rasa haibat dan gah jer sebut perkataan tuh, 
(homai! kalau betullah ada yang rasa begini, tak taulah apa nak jadi)
tapi fikirlah, rasa-rasanya orang sekeliling kau suka tak perkataan tuh.

ok, tu jelah, panjang sangat kot.

Semoga.

Arifah Waly,
Anugerah Bestari,
Jamadil Awal.


~gambar tuh saya ambik kat belakang lab kat sekolah saya (school of science and technology). takda kaitan pon dengan entri.
~ohya, lab selalu masa petang start jam 2, jadi bila dah rasa lab tuh macham lambat siap, saya 
akan menyelinap keluar dengan penuh bergaya dari lab, pi surau sekolah, solat asar. Sebab kadang-kadang dah masuk waktu maghrib, baru siap setengah eksperimen :3.




Saturday, 16 February 2013

Bilamana


melihat kucing peliharaan
berlari-lari setempat 
dalam kesuraman di tengah pagi buta,
seolah-olah mengejar sesuatu,
yang tidak terlihat oleh mata manusia,
membuatkan peluh dingin berlari-lari keluar dari liang roma,
meski berada di tengah gurun sahara lah sangat.


seolah-olah seperti macham (ayat ciplak).
baru semalam aku menulis 'noktah'
pada kertas jawapan waktu peperiksaan lepas,
sekarang dah nak mula semester baru.

selamat bersemester baru untuk manusia-manusia yang
mengalami nasib seperti beta.
semoga sukses selalu.
semoga usaha lebih.
semoga rajin.
semoga mudah.
semoga!
tch.

Alhamdulillah, all praises to Allah.
(^^)/"

teringat pesan sahabat yang kini jauh di united kingdom,

"bersungguh-sungguhlah dalam menuntut ilmu sebagai bukti
cinta kita kepadaNya."

Allah meninggikan darjat orang yang berilmu.
                                                                       Sebar Senyum
Arifah Waly
Gurun Sahara

Bila aku intai belog sahabat (dengan penulisan ilmiah)
aku rasa serba salah,
sebab belog aku (yang tak ilmiah) diletakkan dalam senarai belog mereka.
nukilanku tidak sehaibat mereka.
maaf.
kena lebih membaca.


Thursday, 3 January 2013

es ok eg zem

Assalamualaikum warahmatullah


 3hb. januari. 2013.
merupakan hari dimana saya akan bertemu dengan
kertas pertama peperiksaan akhir semester satu tahun dua pengajian saya di universitas tempatan.

entah kenapa.
tangan terasa gatal untuk menulis sesuatu.

sekarang ni tengah sibuk menghafal membaca merefresh nota-nota 
thermodynamics (study thermodynamics make me feel hot!) yang saya buat dulu.
penat tak payah nak kata.

sejujurnya saya rasa penat sangat belajar ni, 
kira terseksa lah kunun!
tapi saya rasa lagi menderita jadi bodoh!
masuk dewan egzem baca soalan senyum-senyum sendiri sebab taktau nak jawab apa.
lagi azab kot.

maka saya menulis ni.
dengan harapan adalah manusia yang terbaca.
bila dah baca tu, mohon doakan saya untuk egzem nanti.
tak sempat doa untuk egzem 3hb ni,
saya ada tiga paper lagi lepas tu:

3hb - Physical Chemistry
8hb - Nano Materials and Material Chemistry
9hb - Organic Chemistry
17hb - Environmental Chemistry

tak sempat doakan yang ni,
saya ada tiga semester lagi lepah semester ni.

tak sempat doakan yang ni,
doakan saya bahagia dunia akhirat.
tu pun kalaulah ada yang perasan akan kehadiran post ni.
=..="

Ya Allah ya Tuhanku, Kau permudahkanlah, jangan persulitkan.
Moga anak-anak yang melalui nasib yang sama, berjaya dalam semua
ujian yang mendatang.
amiin ya Rabb.

[@Arifahsays] ikutah resmi padi, makin berisi makin tunduk.
jangan ikut resmi si pemalas, bila study saja mulalah tertunduk-tunduk (mintutok ka do dusun).
belajarlah dan jangan jadi bodoh buang masa.
(_ _")?

Sebar Cinta,
Arifah Waly,
Anugerah Bestari,

Sebagai manusia aku sayang padamu - sunan
#iklan.