Pages

Monday, 3 December 2012

warkah chenta

Assalamualaikum Warahmatullah.

gambar ni dijumpai daripada google.

Beberapa hari yang lalu, masa aku sebok menyelak youTube, tiba-tiba teselak video Warkah Cinta. Eh?  hati berdetik. 'Macham best jak drama ni. Ah! tipikal drama islamik malaysia, malas lah. Hei, sat sat pelakon lelaki ni macham ku kenal. Muka ni familiar sangat kot'. Bila di ingat-ingat, oh rupanya beliau itu, imam muda nazrul.

Maka aku berfikir-fikir. Tengok dok tengok dok, eh eh. tertekan butang play. Tengok jelah! haha. Rupa-rupanya drama ni baru melayang ke udara beberapa hari yang lepas. Cerita diadaptasi daripada novel Warkah Chenta Berbau Sorga karangan A. Ubaidillah Alias. Apa yang boleh aku simpulkan, cerita ni setakat episod yang aku dah tengok, boleh tahan jugaklah. Sebenarnya beta tak tau sangat nak ulas apa. 

Adeh.

Bila tengok drama ni, sedikit sebanyak mengingatkan aku zaman sekolah dulu. Terutamanya bila tengok watak wardah (Heliza). Dia ni pelajar sekolah agama dalam drama ni, juga sebagai seorang pengawas. Bila tengok cara beliau melipat tudung, hemm.. sebijik macham cara lipatan tudung kebanyakan pelajar puteri di sekolah dulu, termasuklah aku. (ini sebenarnya point utama aku)

fokus cara lipatan tudung wanita diatas.

Bila tengok saja cara pemakaian tudung si wardah, ayat pertama yang tercipta pada kepala hotak aku, "eh selekeh betul wardah ni.". erk?. pelik bukan?. lepas keluar kenyataan jiwa aku tuh. Barulah aku sentap sendiri. "dulu aku pun selalu lipat tudung macham tu kot!". wahahaha. Tak sangka sungguh. Ianya sangat 'jelek' pada pandangan beta. Barulah beta faham kenapa ustaz suruh lipat tudung kemas-kemas dulu. pantang nampak pelajar puteri lipat tudung seperti model diatas. 

Maka terimbas kembalilah kisah-kisah comot zaman sekolah menengah.

***flashback***

setiap jumaat, perhimpunan rasmi.
pelajar putera kena pakai baju melayu sekali dengan samping.
sapa tak pakai, denda tawaf kat dataran an-Nur sekolah.
pelajar puteri pula, benda yang ditekankan, cara lipat tudung.
tudung kena ada peniti.
stokin kena panjang, baju tak boleh licin. 
kuku kena potong, tak boleh pakai kerongsang. bla bla.

ustaz selalu kata : pelajar puteri sekalian, tudung tu lipatlah elok-elok. Bagi kemas sikit. Hah, pengawas bertugas, tolong tahan pelajar puteri yang tidak memakai jarum peniti, juga tudung yang tidak panjang seperti
yang telah ditetapkan.

heh. nostalgik bangat!

Apapun, aku rasa sangat bersyukur sebab Allah takdirkan aku menjadi salah satu penuntut sekolah agama. Aku rasa beruntung sebab pernah merasai tarbiyyah di sekolah agama. Tak! aku tak kata sesapa yang bukan sekolah kat sekolah agama tak beruntung. Sebenarnya orang yang betul-betul beruntung ialah orang yang benar-benar menghargai dan menghayati tarbiyyah masa kat sekolah dulu. Aku tak tau nak kata apa lagi. hmm. sangat merindui suasana sekolah dulu.

satu per empat daripada kawasan sekolah, datarn an-Nur, masjid al-Bukhari & kelas-kelas.


Ya Allah, hidupkan tarbiyyah islam di semekar.
Berkatilah dan rahmatilah guru-guru yang berhempas pulas menyebarkan ilmu di bumi semekar.

heh. kerinduan membuak-buak menyebabkan kerambangan ditengah malam.
apapapun,

sebagai manusia, aku sayang padamu.
Sebar Cinta,
Arifah Waly,
Anugerah Bestari.

10 comments:

  1. rindu sekolah ku juga .. kan2 .. tarbiyah tu yg ndak susah mw d dpt d mana2 .. tp,cara lipat tdung tu .. errkkkk .. *tekena ni* hehehe~~

    ReplyDelete
  2. typooo~~
    #tarbiyah tu yg SUSAH mw d dpt d mana2 ..

    =)

    ReplyDelete
  3. Syahirah :: SubhanAllah Alhamdulillah, sgt chantek.. =D..

    ReplyDelete
  4. Aisah :: Kan2??. tudung tu, lagi teruk kalau tengah makan! sabarjelah.

    #Rindusekolah!

    ~anda mmg typo bergaya. haha.

    ReplyDelete
  5. novel lagi best...rasa macam diri snd dlm novel tu tapi ape kan daya pengakhirannya juga kami tiada jodoh


    #cantiknye sekolah arifah

    ReplyDelete
  6. TH :: indeed, biasanya drama yg diadaptasi drpd novel, x dpt menewaskan keindahan drpd novel sebenar. (^^,).

    #kadang kadang ada cerita novel yg rosak sbb didramakan. eh. haha.

    ReplyDelete
  7. HAHAHA .. bukan tym makan jak .. kalu exam lg .. Astaghfirullah,ndak tw sudaa jd apa ..

    *typo bgaya tu perlu. HOHO~~

    ReplyDelete
  8. hahaha... sampai sekarang lipat tudung style mcm tu... hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yalah kak, xpa pengawas xda sdh :3

      Delete