Pages

Sunday, 2 December 2012

random thought #1

#1
Nobody's perfect! Tiada manusia yang sempurna! kita tidak sempurna! ya. ayat kemestian yang sering wujud pada lafaz kata, gumaman hati, jeritan batin, sorakan motivasi. Benar! ya benar ayat itu tiada salahnya. Namun apa yang menjadikan ayat ni agak menjengkelkan, bila ada pihak yang kurang bertanggugjawab dengan penuh bergaya menggunakan ayat ini sebagai alasan untuk melakukan kesalahan sesuka hati. 

Sebagai contoh :

Nb : nobodi
Pf : perfect.

Pf : Ekau ni Nb, selalu je post nasehat-nasehat kat dinding fesbuk aku, tapi ekau tak tutup aurat pun bila post gambar ekau. (eh? taktaulah wujud atau tak orang tegur kawan sebengini kejam =..=)

Nb : yelah aku post just nak bagi nasehat. kongsi nasehat. tak semestinya aku ni baik. laa nobodys' perfect maa. so ape nak kesah sangat?!

(amboi! dialog hanyalah rekaan semata-mata)

Nampak tidak silapnya disana? Oh maaf. saya tak tau nak buat contoh yang paling sesuai. cuma apa sebenarnya yang saya nak sampaikan, jangan gunakan ayat 'manusia itu tidak sempurna' sebagai alasan untuk melakukan kesalahan. mungkin tidak keterlaluan untuk saya katakan bahawa ayat ini hanya sesuai untuk digunakan bagi seseorang yang sudah bersungguh-sungguh melakukan kebaikan, bermati-mati cegah kemungkaran, tapi akhirnya terjebak dalam kemungkaran tersebut. 

Dan ayat ini tidak sesuai bagi orang yang mungkin bersungguh-sungguh melakukan kebaikan, tapi sambil lewa bila mencegah kemungkaran. ( adeh. wujudkah manusia begini? kebaikan takkan bersatu dengan kemungkaran kot. huh). ya, kita takkan pernah sempurna, tapi kita kenalah berusaha untuk menjadi lebih baik. sekian.

sebagai manusia, aku sayang padamu.

Sebar Cinta ,
Arifah Waly,
Anugerah bestari.

No comments:

Post a Comment