Pages

Wednesday, 10 October 2012

Gerimis mengundang.


Semalam.
Selasa 9 oktober 2012 9.00 ++ a.m.
Aku terpaku duduk pada sebuah kerusi.
Mataku ralik memandang keluar jendela.
Angin bertiup kasar mengoncang pohon pohon
Kayu berbunga kuning berbuah seperti kacang pis.
Awan kulihat memancarkan warna kelabu mengerikan.
Kepala hotakku lantas melakar satu jangkaan bahawa 
sebentar lagi awan
Kelabu asap tersebut akan memuntahkan segala isi perutnya.

Zappp..

Berlalu sahaja lintasan akal tersebut,
Terasa kelajuan angin kian meningkat.
Seperti yang dijangkakan, 
awan kelabu merembeskan isi perut beliau
Ya. 
Beliau muntah mungkin disebabkan kemabukan udara.
 atau mungkin juga mabuk laut, 
atau mungkin juga
Si  awan tengah kebuntingan 5 bulan,
 atau,.. aaaahhh.
 Sudah, hanya yang mampu ku pastikan
Rembesan tersebut berlaku atas izinNya. 
Ya. Itu aku pasti.

Oh..
Tangan kasarku sepantas 250 km/j memaut dan menutup tingkap
Kemudian duduk semula dengan penuh bergaya.
Dikala aku menghayati suara harmoni cecair yang melimpah tersebut, 
diselangi suara manusia Opick.
Tiba-tiba-tiba, mataku kurnianNya menangkap satu imej.
Imej yang bisa menimbulkan kegusaran jiwaku.
Mata rabunku ku gosok bersungguh-sungguh.

Oh tidak!!!
Imej tersebut muncul tetap pada pandanganku.
Jelas membuktikan aku tidak bermimpi.
Ku sangkakan panas berpanjangan 
kau yang telah ku tinggalkan sekian lama
Akan pergi jauh dariku selama-lamanya.

Rupanya hujan di tengah hari 
kau datang disaat aku separuh mati
Sebok menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar.
Erk.. pelajar? 
Ya pelajar. 

Kau sengaja datang untuk menjatuhkan pencapaian akademik aku kan?
Hei hei hei..
 kau mengaku cepat! cepaat! cepaat!

Eh. 
Emosi sebentar. 
Maaf atas kecabulan sikap sebentar tadi.

Baiklah andai itu niatmu datang bertandang 
dalam selitan hidupku sebagai pelajar.
Aku tidak mampu berkata apa-apa.

Andai kau hadir untuk mengisi hati ini.
Aku terima dengan rasa syukur.

Andai kau hadir untuk menghuni akal fikiranku.
Maka aku terima. 

Moga ini menjadi bukti aku cinta kepadaNya.
Ya. Cinta kepadaNya.

Justeru, aku isytiharkan.
 kau bolehlah mengisi sebahagian hatiku,
Penuhi sebahagian ruangan akal fikiranku,
 kerana sebahagian hati dan akal fikiranku yang lain perluku
Simpan untuk yang lain selainmu.

Moga aku mampu memeliharamu dengan baik.
 dalam sebahagian kepala hotak aku wahai Kuantum Mekanik.


Be kind with me ok? 
As long as you love me, I’ll love you twice. 
Erk. OkThanks.

Allahumma zidna 'ilman, warzuqna fahman.
Ya Allah, tingkatkan ilmu kami, berikanlah kami kefahaman.
Amiin.

Sebarkan Cinta Ilmu,
Anugerah Bestari,
(^____^)/"

notacinta : ini bukan puisi melainkan bicara jiwa semata - mata.
sila doakan agar si arifah itu berjaya dunia akhirat.
terima kasih naa.
maaf atas kepoyoan tajuk diatas.