Pages

Thursday, 14 June 2012

Petunjuk itu.


Seusai menunaikan solat fardhu.
Doa dititip penuh syahdu.
Mengharapkan hasil semanis madu.
Agar hidayah bersama, hidup dipandu.

‘ihdinas sirotal mustaqiim’, lafaz keramat.
Mengiringi jasad tiap raka’at.
Mengharap ada sinar manfaat.
Agar hidup sentiasa dalam rahmat, berkat.

Bila hidayah datang menyapa.
Sering kau abai, tak tahu kenapa.
Mungkin kau tak perasan itu hidayah atau apa.
Menjadikan dirimu semakin alpa.

Hidayah datang tanpa bosan.
Namun kau tetap tak mengambil kesempatan.
Taubat dirancang, seringkali ditangguhkan.
Hati berkata, ‘ala rilek ar bro, esok ada lagi kan?’

Sang penconteng, bukannya apa.
Sekadar menulis agar kita tak lupa.
Sang maut, bila-bila saja datang menyapa.
Tak kira kau tengah buat apa.

Andai maut tiba, sedang taubat terabai.
Kita takut jasad mungkin dibantai.
Lalu menangis, ‘airmata terburai.’
Tak siapa kisah, akan perihal keterburaian itu.

Ayuh sahabat sama-sama fikir.
Sebelum hidayah satu-satu gugur.
Rancang taubat, jangan dimungkir.
insyaAllah aman di perut kubur.

Sebelum ‘penchoret’ mengundur diri.
Suka mengingat sahabat dan diri.
Pelihara keluarga juga diri sendiri.
Agar hidup sentiasa berseri.

Sekian ku titip madah berhelah geliga.
Moga hidayah dapat digapai, elak mulut menganga.
Moga hidayah sentiasa ada, meski ‘ketika apabila’ maut tiba.
Moga hidayah tak pergi meninggalkan kita.
Moga lagi (berapa banyak moga daa.) diri dan keluarga sentiasa dijaga.
Moga kerana diri kita begitu berharga.


Sebarkan Cinta Hidayah,
Arifah Waly,
Anugerah Bestari,
^_______^


Hidayah? What is the meaning of hidayah?
Kau bertanya ala-ala mat salleh, konon tak tahu apa itu hidayah.
Maka ku kirim surat harum beritahu kau, petunjuk itulah hidayah.
Petunjuk bukan sekadar anak panah.
Tapi sesuatu yang boleh bantu kita menggapai bahagia fiddunya wal akhirah.
Asal kita genggam dan tak abaikan nikmat hidayah.
Pasti bahagia, insyaAllah.
Peace no war lah.

4 comments:

  1. Salam Dior....

    congratulation for anugerah Bestari.
    mmg patutpun menang...CiM suka :)

    ReplyDelete
  2. salaam.
    hehe,.sbnrnya, anugerah bestari tu cuma tanda sy sja..

    ~btw, terima kasih ats komentarnya ya..
    moga Allah redha..=)

    ReplyDelete
  3. komen yang tak berkaitan dengan entry.
    cantiknye template blog dia kan.
    hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.
      well, I like it.
      Simple. thanks. (^_^)/"

      Delete