Pages

Thursday, 14 June 2012

Petunjuk itu.


Seusai menunaikan solat fardhu.
Doa dititip penuh syahdu.
Mengharapkan hasil semanis madu.
Agar hidayah bersama, hidup dipandu.

‘ihdinas sirotal mustaqiim’, lafaz keramat.
Mengiringi jasad tiap raka’at.
Mengharap ada sinar manfaat.
Agar hidup sentiasa dalam rahmat, berkat.

Bila hidayah datang menyapa.
Sering kau abai, tak tahu kenapa.
Mungkin kau tak perasan itu hidayah atau apa.
Menjadikan dirimu semakin alpa.

Hidayah datang tanpa bosan.
Namun kau tetap tak mengambil kesempatan.
Taubat dirancang, seringkali ditangguhkan.
Hati berkata, ‘ala rilek ar bro, esok ada lagi kan?’

Sang penconteng, bukannya apa.
Sekadar menulis agar kita tak lupa.
Sang maut, bila-bila saja datang menyapa.
Tak kira kau tengah buat apa.

Andai maut tiba, sedang taubat terabai.
Kita takut jasad mungkin dibantai.
Lalu menangis, ‘airmata terburai.’
Tak siapa kisah, akan perihal keterburaian itu.

Ayuh sahabat sama-sama fikir.
Sebelum hidayah satu-satu gugur.
Rancang taubat, jangan dimungkir.
insyaAllah aman di perut kubur.

Sebelum ‘penchoret’ mengundur diri.
Suka mengingat sahabat dan diri.
Pelihara keluarga juga diri sendiri.
Agar hidup sentiasa berseri.

Sekian ku titip madah berhelah geliga.
Moga hidayah dapat digapai, elak mulut menganga.
Moga hidayah sentiasa ada, meski ‘ketika apabila’ maut tiba.
Moga hidayah tak pergi meninggalkan kita.
Moga lagi (berapa banyak moga daa.) diri dan keluarga sentiasa dijaga.
Moga kerana diri kita begitu berharga.


Sebarkan Cinta Hidayah,
Arifah Waly,
Anugerah Bestari,
^_______^


Hidayah? What is the meaning of hidayah?
Kau bertanya ala-ala mat salleh, konon tak tahu apa itu hidayah.
Maka ku kirim surat harum beritahu kau, petunjuk itulah hidayah.
Petunjuk bukan sekadar anak panah.
Tapi sesuatu yang boleh bantu kita menggapai bahagia fiddunya wal akhirah.
Asal kita genggam dan tak abaikan nikmat hidayah.
Pasti bahagia, insyaAllah.
Peace no war lah.

Saturday, 9 June 2012

tanpa tajuk.

menuntut ilmu itu fardhu.
menuntut ilmu itu ibadah.
menuntut ilmu juga dakwah.
menuntut ilmu itu sedap.
menuntut ilmu itu enak.

meski mengamalkan ilmu yang kita pelajari itu.
mungkin agak payah.
tapi.
berusahalah untuk tetap mencari jalan untuk mengamalkannya.
carilah ruang yang sesuai.
untuk praktis ilmu kita.

prof saya kata : 
"belajar tu bukan semata-mata untuk exam saja.
lepas exam, lupa semuanya.
prof.MJ."

harap apa yang dipelajari.
meresap lembut hingga mencengkam
erat di saraf otak.
supaya ilmu tersebut tidak lari tinggalkan kita.
ingat.
ilmu takkan luntur dek ulangan.
maka.
bila menuntut ilmu.
kenalah ulang-ulang (baca, fahami, etc)
even dah habis paper.
bukan ulang paper.

inshaAllah, lepas ni dah bleh buat bom.
haha.bom lah sangat.

inshaAllah, lepas ni dah bleh bancuh ubat.
mengikut jumlah komposisi bahan kimia yang sesuai.
cheh! haha.

kalkulator itu penting.


as a matter of fact, (ececeh, skema plak dah).
cari mol sangatlah mudah.
semudah makan ayam kentaki.
hehe.

syapa syap yang ada pelihara mole.
haa, mai habaq kat saya.
boleh praktis kira bulu mole plak lepas ni.
haha.



Sebarkan Cinta Ilmu,
Arifah Waly,
Anugerah Bestari,
^_________^



Friday, 1 June 2012

gos sip-cin ta-mon yet



I close my eyes.
from all my vision.
when I see your eyes.
I'm sure there is love.
sincerity that flows gently.

Oh Controller Of Nature.
please hold me.
so that I won't fall into the well of sin.
that is curse and leads my love astray.

if only I, could be more fair.
to the love, for you and her.
I'm not a prophet, who's absolutely perfect.
I am not free from sin.

let me live like this.
the fate of love has to be like this.
there are you and her.
even though that's not my wish.
oh Allah please guide my heart.


*******
Kekal mencintai itu bukannya mudah.
Memerlukan asas yang kuat dan utuh.
Perlu matlamat yang jelas dan cerah.
Kerana percintaan bukan hingga ke hari perkahwinan semata-mata,
tetapi perlu berlangsung sepanjang hari-hari rumahtangga.

Maka cinta tanpa asas yang kukuh,
akan rapuh,
lalu rumahtangga akan runtuh.

-------------------------------------------
Pencinta yang sebenar,
akan berusaha membawa apa yang dicintainya ke syurga sana.
kopipahit-pasta : ini.



kau kata : haha. too many grammatical error lorh.
kata aku : do I care? hoho. bukan menyombong, tapi
men.....sambung sendiri..


Sebar Cinta,
Arifah Waly,
Anugerah Bestari.
^______^

ohya : I am begging you.
please stop all the chinta monyet story.
can you?
>.<"