Pages

Sunday, 20 May 2012

Hazan maksima.

pada ketika diri seolah-olah dibuang.
hati bagai disiat-siat menggunakan pisau tumpul.
ditambah pula dengan perahan limau kasturi pada luka tersebut.
kemudian dibebat dengan kain bekas celupan cecair methanol.
ah.cukup begitu.
pasti kau dapat gambarkan betapa pedihnya.
jiwa raga pada ketika itu.

kepada insan-insan yang sentiasa beri sokongan.
pada tiap masa, situasi, dan ketika.
moga anda semua sentiasa berada dalam lingkungan rahmatNya.

disaat hati mengharapkan belaian kata penyuntik semangat.
meski ayat yang kau beri cuma : 'semua akan ada hikmahnya.'
ya.ayat ini mungkin kadang-kadang hanya dianggap.
sebagai contoh dialog jamban setinggan.
namun.
sungguh tak tipu.
ianya sangat melegakan hati beta.

moga apa yang berlaku.
akan mendidik roh jasad ini agar lebih kental.
dalam menghadapi sebarang kesulitan pada masa akan datang.

moga ianya mendidik diri.
agar lebih mudah berlapang dada dalam apa macham kemungkinan 
yang bakal melanda pada masa akan datang.

moga lagi, ia menjadi tarbiyyah terhebat.
dalam mengasuh qalbi.
agar lebih bersabar dalam apa keadaan sekalipun.

tak perlu menagih agar orang sekeliling faham akan isi hati kita.
kerana Dia maha memahami isi hati kita.

ya Allah, lapangkan dadaku.
lapangkan dadaku.
lapangkan dadaku.
lapangkan dadaku.
bertaqwalah duhai hati.

gampang sungguh mencapai tahap maksima amarah, kesentapan, kebencian,
atau mungkin kecengengan.
tapi, ingatlah sabar itulah yang terindah.

ujian yang kita peroleh hari ini.
mungkin salah satu ujian pada kata-kata kita suatu ketika dahulu.
(bila kita galak nasihat orang itu ini.nasihat org supaya bersabar.mungkin sekarang
tiba masa kita yang diuji.)
atau mungkin juga teguran daripadaNya.

apapun.
sentiasalah berlapang dada.
astaghfirullah-al-azim.

mengapa : setiap kali terbayangkan wajah watak yang terlibat, 
akan menyebabkan airmata berlumba-lumba
merembes keluar seakan-akan ada marathon airmata.


Anugerah Bestari.



1 comment:

  1. Can I clone your article to my blog? Thank you.

    ReplyDelete