Pages

Sunday, 27 May 2012

Ayat Cinta dariNya..#1

video
suara latar belakang.

قل ان كنتم تحبون الله فاتبعونى يحببكم الله ويغفر لكم ذنوبكم  والله غفور رحيم 

maksudnya : Katakanlah (Muhammad),
 "jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku,
nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu."
Allah Maha pengampun, Maha penyayang.
[surah al-'Imran : 31]

Cinta itu cahaya sanubari
Kurniaan Tuhan fitrah insani
Dan di mana terciptalah cinta
Di situ rindu bermula

Cinta itu tak pernah meminta
Tetapi memberi sepenuh rela
Rasa bahagia biarpun sengsara
Berkorban segala-gala

Semua kerana cinta
Yang pahit manis di rasa
Menghibur nestapa
Merawat duka
Damai di jiwa

Terpadamlah api benci permusuhan
Terjalinlah kasih sayang

Begitulah cinta yang diidamkan
Tanpa nafsu yang mencemarkan

Dan jangan pula
Kerana bercinta kita pun leka
Dan jangan pula kerana bercinta
Tergadai semua maruah agama

Cinta yang sejati
Hanya cintakan Illahi
Cinta ayah bonda
Tulus suci selamanya

Cintakan saudara
Hanya sementara
Cinta sesama insan
Suburkan dengan ketaqwaan


harapan : moga kita semua sentiasa berada dalam lingkungan
cintaNya.
Ayuh, sama-sama kita sebarkan ayat-ayat cinta dariNya.
pasti hati akan sentiasa berbunga mekar.
(erkk.apa kes hati berbunga mekar ?)
hoho.
abaikan kemekaran ituh.

Spread Love,
Arifah Waly,
Anugerah Bestari.
^______^

2 comments:

  1. heheh nice...betol tu yang penting cinta dariNya.. =)

    btw, dear ade tutor baru..heheh as u wished dear.. =)

    http://cinqleafclover.blogspot.com/2012/05/pashmina-sakura-style.html

    ReplyDelete