Pages

Friday, 25 May 2012

andainya kau tahu

alangkah baiknya kalau semua orang tahu.
yang aku ni mengalami kerabunan.
juga mengalami astigmatisme (rabun silau.-agak-tinggi)
(apa perlunya kami tahu kau tu rabun oii?)
kata kau.

tak.
aku cuma rasa kau perlu tahu.
agar hidup aku ni tidak dihujani soalan-kenyataan-cakapcakap seperti :

"eh, arifah, tadi aku lambai-lambai kat kau, kau buat derk jer. malu aku tahu?"

"amboih, arifah, hang tadi kemain sombong ye. tak tegur pun lalu dekat kitorang."

"ui ko tiak perasan ka sia hai-hai ko tadi?"

"dei dia, tadi punyalah sumbung, sia senyum sama ko, ko tiak senyum pun."

naa.
bila kau lempar pi muka dekat aku dengan soalan-kenyataan-cakapcakap seperti ini
mahupun sepersis ini.
maka.
tidakkah kau kasihan bila aku terpaksa.
menyusun sebaik mungkin ayat-ditambah dengan bahasa badan.
(kalau sekali-oklah kot-ini-berkali-kali-kali)
untuk menerangkan hakikat sebenarnya.
aku tidak melihat kau.
 sebab tu.
aku tak balas lambaian mesra kau.
sebab tu.
aku tak tegur kau.
sebab tu.
sia tiak balas hai ko.
sebab tu.
sia tiak senyum sama ko.

hem.
jadi itulah sebabnya aku mahu kau tahu.
bahawa aku ni rabun.
(aku dinasihatkan agar memakai cermin mata khas untuk manusia
rabun silau.-cermin-mata-tu-akan-bertukar-warna-ala-ala-spek-mata-hitam-bila-
terkena-sunlight.)
tapi.
aku tak mahu.
haha.

dan lagi.
alangkah baiknya.
andai kau tahu aku ni jenis susah nak ingat pattern muka orang.
mestilah-orang-yang-baru-aku-kenal.
terutamanya bila orang tu jenis bertukar-tukar fesyen rambut atau tudung.
contoh :
aku dan Joyah ni baru kenal harini.
yang mana Joyah pada hari ini memakai pashmina.
maka mukanya-dengan-pashmina tulah
yang akan melekat di kepala aku.

dan bila esoknya,
jumpa dengan Joyah ni.
beliau memakai tudung ekspress(ala-ala-tudung-indon.) pulak.
maka.
aku jamin 95%.
aku tak kenal c Joyah pashmina tu.

*erkk kepada Joyah-Joyah sekalian,
mohon kemafaan daripada aku yer..

itu harapan aku.

kenapa : ya, aku bukan jenis sang rabun yang sentiasa 
menggunakan kaca mata kehulu-kehilir.
bukan apa, cuma, aku rasa rimas.
hoho.
with love,
Arifah Waly,
Anugerah Bestari,
O-O.



3 comments:

  1. dulu pon tak suke pakai spek.so bila jmpe org lain mmg xperasan plus muke lak siyes je.sekali kene cop garang huhu.but now mmg kene pakai spek sbb power semakin naik -_-

    ~confuse power naik sbb byk tgk buku,or byk tgk laptop haha

    ReplyDelete
  2. power naik sbb byk tgk buku n laptop ar..(adil kan.)haha..

    ReplyDelete
  3. Datang Follow balik.... dan membawa mesej berikut

    Assalamualaikum (^_^) , erm FR tengok follower awak bawah 350 , dan awak berpeluang masuk

    [Segmen Bloglist: Saya Blogger Newbie]

    Tolong Blogger Baru je (^_^) senior tak payah...

    http://www.farizreza.com/2012/05/segmen-saya-blogger-newbie.html

    ReplyDelete