Pages

Sunday, 27 May 2012

Ayat Cinta dariNya..#1

suara latar belakang.

قل ان كنتم تحبون الله فاتبعونى يحببكم الله ويغفر لكم ذنوبكم  والله غفور رحيم 

maksudnya : Katakanlah (Muhammad),
 "jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku,
nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu."
Allah Maha pengampun, Maha penyayang.
[surah al-'Imran : 31]

Cinta itu cahaya sanubari
Kurniaan Tuhan fitrah insani
Dan di mana terciptalah cinta
Di situ rindu bermula

Cinta itu tak pernah meminta
Tetapi memberi sepenuh rela
Rasa bahagia biarpun sengsara
Berkorban segala-gala

Semua kerana cinta
Yang pahit manis di rasa
Menghibur nestapa
Merawat duka
Damai di jiwa

Terpadamlah api benci permusuhan
Terjalinlah kasih sayang

Begitulah cinta yang diidamkan
Tanpa nafsu yang mencemarkan

Dan jangan pula
Kerana bercinta kita pun leka
Dan jangan pula kerana bercinta
Tergadai semua maruah agama

Cinta yang sejati
Hanya cintakan Illahi
Cinta ayah bonda
Tulus suci selamanya

Cintakan saudara
Hanya sementara
Cinta sesama insan
Suburkan dengan ketaqwaan


harapan : moga kita semua sentiasa berada dalam lingkungan
cintaNya.
Ayuh, sama-sama kita sebarkan ayat-ayat cinta dariNya.
pasti hati akan sentiasa berbunga mekar.
(erkk.apa kes hati berbunga mekar ?)
hoho.
abaikan kemekaran ituh.

Spread Love,
Arifah Waly,
Anugerah Bestari.
^______^

Friday, 25 May 2012

andainya kau tahu

alangkah baiknya kalau semua orang tahu.
yang aku ni mengalami kerabunan.
juga mengalami astigmatisme (rabun silau.-agak-tinggi)
(apa perlunya kami tahu kau tu rabun oii?)
kata kau.

tak.
aku cuma rasa kau perlu tahu.
agar hidup aku ni tidak dihujani soalan-kenyataan-cakapcakap seperti :

"eh, arifah, tadi aku lambai-lambai kat kau, kau buat derk jer. malu aku tahu?"

"amboih, arifah, hang tadi kemain sombong ye. tak tegur pun lalu dekat kitorang."

"ui ko tiak perasan ka sia hai-hai ko tadi?"

"dei dia, tadi punyalah sumbung, sia senyum sama ko, ko tiak senyum pun."

naa.
bila kau lempar pi muka dekat aku dengan soalan-kenyataan-cakapcakap seperti ini
mahupun sepersis ini.
maka.
tidakkah kau kasihan bila aku terpaksa.
menyusun sebaik mungkin ayat-ditambah dengan bahasa badan.
(kalau sekali-oklah kot-ini-berkali-kali-kali)
untuk menerangkan hakikat sebenarnya.
aku tidak melihat kau.
 sebab tu.
aku tak balas lambaian mesra kau.
sebab tu.
aku tak tegur kau.
sebab tu.
sia tiak balas hai ko.
sebab tu.
sia tiak senyum sama ko.

hem.
jadi itulah sebabnya aku mahu kau tahu.
bahawa aku ni rabun.
(aku dinasihatkan agar memakai cermin mata khas untuk manusia
rabun silau.-cermin-mata-tu-akan-bertukar-warna-ala-ala-spek-mata-hitam-bila-
terkena-sunlight.)
tapi.
aku tak mahu.
haha.

dan lagi.
alangkah baiknya.
andai kau tahu aku ni jenis susah nak ingat pattern muka orang.
mestilah-orang-yang-baru-aku-kenal.
terutamanya bila orang tu jenis bertukar-tukar fesyen rambut atau tudung.
contoh :
aku dan Joyah ni baru kenal harini.
yang mana Joyah pada hari ini memakai pashmina.
maka mukanya-dengan-pashmina tulah
yang akan melekat di kepala aku.

dan bila esoknya,
jumpa dengan Joyah ni.
beliau memakai tudung ekspress(ala-ala-tudung-indon.) pulak.
maka.
aku jamin 95%.
aku tak kenal c Joyah pashmina tu.

*erkk kepada Joyah-Joyah sekalian,
mohon kemafaan daripada aku yer..

itu harapan aku.

kenapa : ya, aku bukan jenis sang rabun yang sentiasa 
menggunakan kaca mata kehulu-kehilir.
bukan apa, cuma, aku rasa rimas.
hoho.
with love,
Arifah Waly,
Anugerah Bestari,
O-O.



Sunday, 20 May 2012

ingat mati

semua orang tahu.
ajal itu pasti.
bila tiba masanya.
tidak ada penundaan mahupun percepatan meskipun sesaat.

لا يستأ خرون ساعة ولا يستقدمون 

namanya pun peringatan.
maka sekali lagi.
aku yakin semua orang sudah tahu.
ini hanyalah peringatan bersama.

*****
apapun.
bila lihat koleksi buku.
macham ni.
hati berbunga-bunga.

buku ni sudah agak lama diterbitkan.
2009 kot.
mungkin ada yang kata.
alah, lapuk lah wei.
oh.tidak.
mungkin dari tarikh ia diterbitkan sememangnya sudah lapuk.
tapi.
InsyaAllah, kandungannya masih segar.

syiapa-syiapa yang teringin membacanya.
sila maklumkan kepada hamba.
hehehehehe.sengihan meleret!

Sebarkan Bahagia,
Arifah Waly,
Anugerah Bestari.
^_______^




Hazan maksima.

pada ketika diri seolah-olah dibuang.
hati bagai disiat-siat menggunakan pisau tumpul.
ditambah pula dengan perahan limau kasturi pada luka tersebut.
kemudian dibebat dengan kain bekas celupan cecair methanol.
ah.cukup begitu.
pasti kau dapat gambarkan betapa pedihnya.
jiwa raga pada ketika itu.

kepada insan-insan yang sentiasa beri sokongan.
pada tiap masa, situasi, dan ketika.
moga anda semua sentiasa berada dalam lingkungan rahmatNya.

disaat hati mengharapkan belaian kata penyuntik semangat.
meski ayat yang kau beri cuma : 'semua akan ada hikmahnya.'
ya.ayat ini mungkin kadang-kadang hanya dianggap.
sebagai contoh dialog jamban setinggan.
namun.
sungguh tak tipu.
ianya sangat melegakan hati beta.

moga apa yang berlaku.
akan mendidik roh jasad ini agar lebih kental.
dalam menghadapi sebarang kesulitan pada masa akan datang.

moga ianya mendidik diri.
agar lebih mudah berlapang dada dalam apa macham kemungkinan 
yang bakal melanda pada masa akan datang.

moga lagi, ia menjadi tarbiyyah terhebat.
dalam mengasuh qalbi.
agar lebih bersabar dalam apa keadaan sekalipun.

tak perlu menagih agar orang sekeliling faham akan isi hati kita.
kerana Dia maha memahami isi hati kita.

ya Allah, lapangkan dadaku.
lapangkan dadaku.
lapangkan dadaku.
lapangkan dadaku.
bertaqwalah duhai hati.

gampang sungguh mencapai tahap maksima amarah, kesentapan, kebencian,
atau mungkin kecengengan.
tapi, ingatlah sabar itulah yang terindah.

ujian yang kita peroleh hari ini.
mungkin salah satu ujian pada kata-kata kita suatu ketika dahulu.
(bila kita galak nasihat orang itu ini.nasihat org supaya bersabar.mungkin sekarang
tiba masa kita yang diuji.)
atau mungkin juga teguran daripadaNya.

apapun.
sentiasalah berlapang dada.
astaghfirullah-al-azim.

mengapa : setiap kali terbayangkan wajah watak yang terlibat, 
akan menyebabkan airmata berlumba-lumba
merembes keluar seakan-akan ada marathon airmata.


Anugerah Bestari.



Tuesday, 15 May 2012

hari ini

Assalamualaikum.w.b.t.


(tiba-tiba rasa ingin mengetuk-ngetuk papan kekunci laptop ni.maka....)

AMARAN : ingga nopo masa nga, mineg pe basaon diti.
innepenting.

saya baru menyiapkan satu audit untuk keselamatan makmal.
Laboratory Safety kata orang puteh.
saya kena kenal-pasti hazard rating, exposure rating seorang chemist ni terhadap chemical.
sekaligus, saya kena kira risk rating chemist tersebut.
sekaligus juga buat conclusion according to CHRA.
hmm.cuma pengiraan ringkas.
tapi agak mengelirukan.

oh.
abaikan tentang itu.
kau tahu?
(ya.saya tahu kau tak tahu.)

pagi tadi.
terjaga ku dari tidur yang lena.
melangkah malas menuju jendela.
huh.
baru ku sedari rupa-rupanya hujan tengah melimpah dengan ganasnya diluar sana.

maka dalam hati berbicara.
'alamak.teruklah machamni.machamana mo pi kuliah?'
(untuk makluman, hujan sangatlah lebat.ditambah dengan angin 
yang agak kasar membawa hujan terbang sekali.)

tapi tidak mengapa.
itu tidak akan mematahkan sama sekali semangat juang beta untuk 
pergi kuliah.(ceh!ayat tak bleh blah.)
lalu,saya dan teman sepermainanku kos saya berjalan dengan 
penuh semangat menuju ke perhentian bus.
(untuk tunggu bas lah kan.takkan tunggu taksi.)

sekadar gambar hiasan.

nak dijadikan cerita.
dalam perjalanan ke perhentian bas kolej kediaman terchenta.
tiba-tiba.
sebuah kereta ala-ala prado ka ntah apa.
lalu dengan agak lajunya.

ala biasalah tu kereta lalu-lalang kan(?)
biasa..ya biasa.
masalahnya kereta tu mensplash-kan lopak air atas jalan ke pakaian kami.
maka tindakan refleks pun berlaku.
*aaarrrrrrrrrrrrrgGGggggHhhhh!!!*(untung air tu jernih-mernih.kalau ala-ala air milo,
maka usah bertanya apa respon beta, kau tahu sendiri.hohohohoho.)
uhuk-uhuk.
sekadar bunyi hiasan.

pakaian yang sememangnya sudah basah hingga ke lutut.
bertambah basahnya.

oh tidak.
dahlah lambat datang kelas.
basah kuyup lagi.
sampai di kelas, duduk dibawah air-cond(supaya pakaian kering lekas.=P)

maka bila kuliah bermula untuk Analytical Chemistry.(kimia analisis)
mulalah episod gigil-mengigil.
dan penyedap hari untuk hari ini.
kami dikhabarkan bahawa.
minggu hadapan pada 21.mei.
akan diadakan ujian teori untuk kimia analisis.
apa, ujian TheOry???!!!@#.
huha.huha.
sila bersabar.

ujian teori tersebut akan diadakan sekali dengan subjek kimia inorganik.
inorganic chemistry.
hem.sekali lagi.
sila bersabar.

hari yang agak tunggang langgang.
tapi tidak mengapa.
apapapun.
ini dia untuk kita.
heharap dapat diamalkan.
Doa hujan turun : 

Ya Allah.
turunkan hujan yang bermanfaat.

ok.
heb a nais day.
(have a nice day.)

harap ada doa untuk saya mudah menjawab ujian teori kelak.
amin.

with love,
Arifah Waly.
Anugerah Bestari.
^___________^

Monday, 7 May 2012

Puaka Gambar.


lokasi : foyer smk(a) ranau. SEMEKAR.
atau sekarang, dikenali sebagai.
smk(a) mohd.ali ranau.



lokasi : dewan smk(a) sandakan, sabah.
majlis ihtifal smka negeri sabah 2009.
menggamit memori. eh.
(sila abaikan warna baju manusia yang lari tema itu.^^V)



lokasi : kelas 4 al-biruni batch 2008.
gambar kenangan zaman keanakan.
(gambar diambil selepas habis waktu pnp,maka pakaian agak selekeh comel-comel.)



lokasi : dirahsiakan.
kenapa aku suka kimia?
sebab aku kimia.(?)
abaikan.

nota kaki : gambar yang membawa jiwa melayang ntah ke mana.
huh. ayat macham ibu ayam kehilangan bulu.
I.admit.I.miss.this.moment.very.much.
oh.sungguh pantas masa berlari berlalu.
1993 : 1, 2008 : 16, 2009 : 17.
dan.
2012 : (?). sila kira sendiri.

With love: 
Arifah Waly
Anugerah Bestari
2.43.a.m
Love you all.

Friday, 4 May 2012

sekadar....

sungguh saya tak suka belajar hubungan etnik.
jangan tanya kenapa.
jawapan hanya 1.
sungguh tak suka.

Presentation :
1. Inorganic chemistry.26.04.2012.
2. Mathematics.11.05.2012
3.Intercultural Communication.14.05.2012.
4.Hubungan Etnik.15.05.2012.

"membaca amalan mulia."
Arifah Waly.
Anugerah Bestari.
1.33.a.m