Pages

Sunday, 4 March 2012

sahabat


masa kat matrikulasi dulu.
sahabat saya kata.
carilah sahabat seperti cermin.
kenapa cermin?

kau perasan tak.
bila kau tengok kat cermin.
kau nampak muka kau yang berjerawat.
bagi yang mukanya berjerawatlah.

bila kau tengok cermin.
kau nampak muka kau yang halus mulus lagi gebu.
bagi yang berwajah halus mulus lagi gebu.

bila kau tengok cermin.
kau nampak badan kau yang gemuk montel.
bagi yang berbadan gemuk montel.

bila kau tengok cermin.
kau akan nampak badan kau yang ramping.
bagi yang berbadan ramping.

pendek kata,apa-apa yang ada pada diri kau.
kau akan tahu hakikat diri kau yang sebenar.
dengan bersahabat kepada manusia yang diumpamakan 
seperti cermin.

namun begitu bukanlah maksudku menyatakan yang bahawasannya.
sahabat ini seorang yang bermulut bechok.
segala kelemahan dan kelebihan kau dicanang.tidak.

maksud aku sebenarnya.
sahabat tu mampu atau berusaha menjaga hati kau.
dalam apa keadaan sekalipun.
samaada pada ketika beliau menegur kesalahan kau.
atau pada ketika beliau meraikan kebaikan kau.


berbalik kepada sifat cermin tadi.
bila kau tengok cermin.
kau nampak muka kau berjerawat.
halus mulus lagi gebu.
badan kau yang gemuk montel.
badan kau yang ramping.
dan bla bla bla.

tapi adakah wujud perasaan marah kau TERHADAP CERMIN
yang sungguh jujur ituh kerana memberitahu hakikat wajah 
kau yang berjerawat,halus mulus,tubuh gemuk montel,mahupun ramping atau bla bla bla?

tidak bukan?

sungguh jujur tanpa mencederakan jiwa manusia yang memandangnya(cermin).

maka begitulah sahabat yang terbaek.
bila menegur.
indah tuturnya.
berhikmah setiap patah katanya.
mampu diterima dengan akal yang sihat.
tidak mencela.
tidak cepat melatah.(melatah.bukan bermaksud 'opocot mak kau' tu.maksudnya beliau tidak akan terus menghukum kau dengan kesalahan yang kau buat.)

jujur aku akui.
kemanisan bersahabat itu.
tak mampu di gambarkan dengan kata-kata.
hanya manusia yang bersahabat sahaja yang akan tahu betapa manisnya bersahabat.

bak kata aku.(amboi)
sahabat itu umpama airmata.
sentiasa ada bersama kau samaada
kau tengah bergembira atau bersedih.
airmata akan sentiasa ada untuk raikan kegembiraan kau.
airmata juga akan sentiasa ada menemani kau bila kau dalam kesedihan amat.
ia sentiasa hadir dengan ikhlas.
(kecuali airmata buaya yang dipaksa untuk tujuan lakonan.haha.)

maka pesan aku.
bersahabatlah.

arifah-waly
'bukit padang'
11 rabi II 1433
04 mac 2012
I rindu you all.

#entri yang agak tunggang langgang.tapi sangat bermakna bagi aku.
#untuk sahabat-sahabatku terchenta.(yang tengah bertebaran di mka bumi Allah) di kesempatan ini.aku memohon berbilion kemaafan andai sepanjang kita bersahabat,aku tidak mampu menjadi sahabat yang terbaek buat kalian.
#Segala puji bagi Allah.aku amat sangat menghargai ikatan persahabatan yang kita bina.(ayat tipikal).harapnya ianya akan membawa kita ke syurga.
#harapan aku agar ikatan persahabatan kita akan kekal untuk selama-lamanya.
#uhibbukum fillah.(^________^).
SETAHUN BERSAMA SEHAYAT TERASA.

No comments:

Post a Comment