Pages

Wednesday, 14 March 2012

duka

kadang-kadang kau mengadu
terasa lelah apabila
usaha mencari insan yang memahami diri,
tidak berjaya.

lalu seringkali kecewa menjadi
pengunjung setia di laman hati.
bilamana kecewa sudah seringkali bertandang
di dalam hati,
maka putus asa mula berjinak-jinak,
juga ingin turut serta mengunjungi hati
kau.

lalu hati kau terasa gundah-gelana.
ah!!orang yang dah lama kenal aku pun tak faham dengan aku.
mengapa?..kenapa..?..sungguh!! aku benci kamu..
(kecewa tahap dewa.hingga kau rasa hidup kau tidak bermakna lagi.)
kemudian kau lihat orang sekeliling dengan rasa menyampah yang sangat tebal dalam jiwa kau.

kau menyampah kerana apa?
kerana kau rasa mereka-mereka tidak pernah cuba untuk memahami kau.
dan mungkin mereka-mereka itu tidak akan memahami kau sampai bila-bila-bila pun.
itu rasa kau.

aku kata.
kau sungguh egois.
kau cuma fikir rasa kau.
kau tak fikir rasa orang lain.

orang lain juga punya tanggungjawab untuk dilaksanakan.
bukan cuma menghabiskan masa fikir bagaimana cara nak puaskan hati kau.

nasihat aku untuk kau.
usah mengharap perhatian daripada manusia-manusia.
kerana ianya hanya perbuatan yang sia-sia sungguh.
kau rasa tertekan dengan ekonomi hidup kau.
tak payah mengadu pada manusia yang belum tentu faham akan rasa kau.dan tak mungkin akan faham pun.

kau tertekan dengan suasana baru,hidup baru kau.
tak payah nak mengadu dengan manusia-manusia itu.
kerana apa?
ya.pasti kau akan kecewa bilamana jawapan yang keluar dari mulut-mulut manusia itu tidak seperti yang kau harapkan.

inilah yang akan menyebabkan kau rasa seperti
ingin melepaskan geram yang amat pada mereka-mereka dengan..
ah lupakan.kau buat apa sekali pun.mereka tak kan faham. 

bila kau rasa diri kau tersisih daripada manusia-manusia.
jangan risau kerana kau tak bersendirian.
kau tahu? Dia selalu ada untuk kau.

lebih baik kau mengadu pada Dia.
pasti Dia akan faham.
Dia tahu urus hidup kau.
kau mengadulah apa sekalipun pada Dia.
Dia pasti dengar.
kau minta apa sekalipun,Dia akan tunaikan.
lambat atau cepat.


marah itu mudah.
sabar itu indah.
airmata juga memahami.
tapi.
Dia maha memahami.

terima kasih ya Allah.
(^___________^)

#coretan ikhlas semata-mata.
#tiba-tiba aku rasa rindu sahabat al-Irfaan.(rindu sangat-sangat.T-T).
#tersangat-sangat rindu yang teramat.
fatihah,haedah,lina,naqiyah,fida,ros,kasmia,bai,shawe',anis,kak tiqa,ain,najiyya,ramlah darwis,rabiah,haya',shima,aisah,musfira,dan ramai lagi.
(matrikulasi batch 2010/2011).
#nama yang tak ternukil tak bermaksud dilupai.hehe.




No comments:

Post a Comment