Pages

Sunday, 18 March 2012

kaktus

kecewa

kadang-kadang,kau mengharapkan mentari.
namun,hujan yang tiba.
ada masanya,kau menantikan angin sepoi-sepoi bahasa.
namun,ribut menghadirkan diri tanpa segan silu.
bila masa kau menginginkan mawar.
kau kecewa bila kaktus berduri lebat yang kau dapat.

kau mula membebel bebal.
alah,apa bengap sangat ni?
aku nak kopi masin lah.
yang kau bagi aku kopi masam ni kenapa hah??
(sebagai contoh se'eye-eye sahaja)

namun kau tidak tahu hakikat sebenar niat si pembuat kopi tersebut.
mungkin saja beliau membancuh kopi tersebut menggunakan 
air cuka sebab beliau tahu kau ada darah tinggi
tapi kau saja yang keras dengan kepala kau
tetap nak air kopi masin.
tak sedar diri ada darah tinggi.
maka demi menjaga kesihatan kau.
beliau membancuhkan kopi masam untuk kau.
kau saja yang tak tahu.
oh.mungkin tahu.
tapi buat-buat tidak tahu.
kau degil kan?


begitulah juga yang berlaku bila
kau mengharapkan sinar mentari menarikan wajahnya
untuk menyinari hidup kau.
tapi Dia menghantar tengkujuh. 
untuk membasuh dosa kau.

lalu mulalah kau membebel bebal.
alamak! hujan pulak dah.
baru ingat nak pi jogging petang ni.
haish.rosak rancangan aku.adoii.
"tapi kau tak tahu. mungkin Dia turunkan hujan sebentar kerana Dia nak hadiahkan kau sebuah pelangi nan indah setelah hujan reda."
tak kurang juga rasa sebal kau.
bila kau harap-harapkan angin lembut datang sekadar membelai
lembut tubuh kau.
tapi sekali lagi kau kecewa bila angin menghempas ganas 
bukan sahaja ke tubuh kau.
tapi juga seluruh harta kebanggaan kau.
atau mungkin juga
memusnah-ranapkan seluruh punca rezeki kau.
atau mungkin..atau mungkin..atau mungkin..blablabla.

andai kau bersabar.
maka bergembiralah kerana kau akan lihat
kaktus yang berduri lebat tersebut 
akan menghasilkan bunga yang indah suatu hari nanti.
mungkin lebih indah daripada mawar yang tak lebat durinya.

itu ganjaran andai kau bersabar.
juga redha dengan segala ketentuanNya.

tapi kau lupa berfikir.
langsung tidak membenarkan akal untuk berfikir seketika 
akan hikmah disebalik semua yang Dia aturkan.
kau lebih rela membiarkan akal kau 
menggubah seribu satu sebab kau perlu kecewa atas
ketidak-tercapaian hasrat kau.

orang kata mata untuk melihat.
akal untuk fikir.
hati untuk merasa.
bukannya mata untuk tidur semata-mata.
bukan juga akal untuk khianat.
apatah lagi hati untuk menjeruk rasa mazmumah.
bukan.
don't cry bebeh.

andai apa yang kau rancang dan usahakan tidak berhasil.
maka ketahuilah.
Dia sudah merancangkan sesuatu yang lebih baik untuk kau.
ya.
mungkin kau tak suka apa yang diaturkan olehNya untuk kau.
tapi, ingat. Dia maha bijaksana.
He know the best.
boleh jadi apa yang kau tak suka sungguh.
tapi itu yang terbaik bagi kau.

maka berbaik sangkalah terhadap
apa-pun rencanaNya.
pasti bahagia.
 'Allah bersama orang-orang yang sabar.'

#pesanan untuk kau,kamu,ko,awak,you dan juga I.
(^______^)
kecewa itu mudah.
sabar itu indah.

No comments:

Post a Comment