Pages

Wednesday, 29 February 2012

Pelihara aurat yuk!



seringkali kedengaran suara-suara manusia.
manusia yang mempertahankan pendirian masing-masing.
pendirian yang sama dengan hujah yang berbeza-beza.

yang tak bertudung (kurang menjaga perihal aurat) berkata:

cakap 1 :
"hullaweii, ade je orang bertudung (menjaga perihal aurat) tu, tapi perangai ntah ape ntah.."

cakap 2 :
"alaah, orang tak bertudung (kurang menjaga perihal aurat) tapi hati baek tahu?"

cakap 3 :
"aku tak bertudung (kurang menjaga perihal aurat), tapi aku solat 5 waktu."

cakap 4 :
"tunggu sampai serulah, baru I pakai tudung (menjaga perihal aurat) yer."

cakap 5 :
"heh. kau tu, nama saja bertudung sebesar alam. Tapi saya tengok, perangai kau macham ha*tu!apa guna? hak tuih!!" (amboi!)


dan bla bla bla..banyak sebenarnya tapi malas nukil semuanya kat sini.
takut lappy ni hang pula.

kemudian manusia yang berfikir panjang berkata:

jawab 1 :
"walaupun perangai die ntah ape ntah, die tetap berusaha melaksanakan  syariat yang ditetapkan oleh-Nya."

jawab 2 :
"andai hati kau baek, ikhlas mencari hidayah-Nya, berusaha mencari redha-Nya, pasti ada rasa untuk bertekad menyempurnakan syariat yang ditetapkan oleh-Nya.

...ketahuilah dalam diri manusia ni ada seketul daging, jika baek daging tersebut, maka baeklah seluruh jasadnya, jika rosak dagingnya, maka rosaklah seluruh jasadnya, dan ketahuilah bahawa ianya adalah hati...

jika benar hatinya baek, pasti dirinya dalam keadaan yang 'baik' bukan?"

jawab 3 :
"mabrouk alayk. Boleh pun jaga aurat. Masa solat kau jaga aurat bukan? hehe. kan ke lebih baik kalau aurat tu dijaga tiap masa? ingat tau :

sesungguhnya, solat itu menjaga kita daripada melakukan perkara keji dan mungkar."
[Al-ankabuut:45.]

jawab 4 :
"dan setiap umat mempunyai ajal (batas waktu). 
Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun."
[Al-a'raaf:34]

Kalau seru you tak sampai-sampai hingga senja melabuhkan tirainya, machamana? arrggghhh, machamana?(hem.tak sopan!). Maka pesanan manusia yang berfikir panjang, kejarlah seru you itu, dan jangan tunggu seru you ituh datang pada you. Bukan apa, takut terlambat. I sayang you tau. (^-^)"

jawab 5 :
"manusia berfikir panjang mengucapkan terima kasih atas teguran itu, nampaknya Allah sangat menyayangi manusia yang berfikir panjang kerana menghantar insan berhati mulia untuk menegur sikap kehantuan tersebut. Bagi manusia yang bertudung sebesar alam, andai kedengaran suara-suara manusia menegur kehantuan anda, janganlah berpatah arang dengan teguran tersebut. Tetaplah optimis dalam menjaga maruah diri, berusahalah untuk memperbaiki diri, ingatlah teguran itu lebih baik jika ianya mengingatkan hakikat diri kita yang sebenar, dan ketahuilah juga, tiada gunanya pujian andai ianya membuat kita lupa diri, takutlah kepada ujub, riya', takabbur. Naudzubillahi min dzaalik."

tutup aurat tu comeii..^-^

 mungkin you nak kata.
"hei,hello..kubur masing-masing laa."

Tapi I tetap dengan pendirian I. Sebab kubur tu masing-masinglah I nak kita sama-sama ingat, you tau tak kat kubur nanti you sorang, I pun sorang. Siapa lagi yang boleh bantu you mahupun I kat sana, melainkan we all saling jaga menjagai masa we all masih hidup ni.you ingatkan I, I akan ingatkan you. You tahu tak? I sayang you tahu?? tahu tak?! (tercungap-cungap menahan sebak) I harap kita terhindar daripada azab kubur, azab akhirat.

jom tutup aurat..hehe.

(sebak dah reda.)
pepatah melayu menyatakan bahawa,

hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih.

jika kita berkehendakkan sesuatu, dalam konteks ini, tutup aurat, sudah tentu kita berusaha sesungguh upaya yang terdaya. Rasa tak terdaya pun tetap akan tanam dalam jiwa bahawasannya kita mampu menjaga aurat.

Sebaliknya, jika tak hendak sesuatu, dalam konteks ini menutup aurat, maka selagi dia mampu berdalih, dia akan terus berdalih. Maka dalihnya tak habis-habis. Sehingga mempertikaikan kebaikan yang dilakukan oleh orang lain (yang pada hakikatnya, buat apa nak cari kelemahan orang lain sedangkan kelemahan sendiri langsung tidak di peduli) tak kisah apa manusia berfikir panjang kata kepadanya, dia akan tetap dengan dalih-dalihnya. Dia dah tanam dalam jiwa 'tak hendak' maka, itulah wujudnya berjuta dalih. dalih. dalih. dalih. You tengoklah sendiri, dimana-mana akan ada scene dalih.

Bukan apa, sebenarnya manusia-manusia yang berfikir panjang prihatin dengan saudari-saudari seakidah dengannya. Jadi apalah salahnya kita saling nasihat menasihati kan?

Cukuplah atas dasar memenuhi syariat sebagai alasan kita untuk menjaga aurat. Alasan yang kukuh sudah jelas terang lagi bersuluh. Mengapa kita sanggup memerah otak (berfikir kritis) untuk menjana dalih, demi menentang syariat yang telah ditetapkan oleh-Nya?


Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.

Hakikat menutup aurat bukanlah sesuatu yang boleh dialang-alangkan, namun begitu, alang-alang kita dah bertudung, apa kata kita jaga juga kaki, lengan. Maksud I, bila pi mana-mana (shopping ke, jogging ke, meeting ke, fishing ke bla bla), gunalah baju lengan panjang. Bukan setakat bertudung, tapi kaki, lengan jangan didedahkan. Pakailah stokin dan stongan (sarung lengan). Pakai renggang-renggang longgar-longgar.

Ingat, bertudung tak semestinya menutup aurat. Menutup aurat, tak semestinya bertudung. Lagi satu, ada orang pesan dengan I, untuk nak tengok penanda wacana aras aurat dah tertutup atau tak, you tengoklah kalau you rasa pakaian you tu dah boleh guna untuk solat, maka ianya menutup aurat.


justeru jagalah auratmu.
kerana dirimu begitu berharga.
ingat-ingatkanlah kepada orang tersayang.
pilihan di tangan kita.
anda, juga aku mampu mengubahnya.

Arifah Waly
Anugerah Bestari
7 rabi II 1433
29 feb 2012
I sayang you.