Pages

Sunday, 1 January 2012

Tahun Baru

sekadar gambar hiasan.


Dalam kata manis mesra.
Ada terkandung maksud yang suci.
Penuh hasratku memetik bunga.
Untuk hiasan di taman hati.

Demikianlah selalu berkata teruna.
Dalam mencium hati nak dara.

Pada kata seindah ini.
Selalu tersemat muslihat api.
Pada menerima kata begini.
Selalulah dik berhati-hati.

Semoga seuntai kata ku ini.
Ada menyembah sekuntum bakti.

ps : A. Samad Said punya karya.
ps : aku memang pencinta seni ^_^.


*detik 00.00.a.m.*
-010112-
aku sebenarnya sedang berada dalam keadaan
 emosi yang sungguh tidak stabil.
rentetan daripada suara-suara pelajar wanita daripada 
kolej kediaman aku.
almaklumlah.
tahun baru lah katakan.

Aku cuma berfikir.
Masuk sahaja tahun baharu.
Maka maklumlah kita bahawa umur kita akan berkurang.
(maaf.berkurang yang aku maksudkan sini,bukanlah bermaksud daripada 
umur 19 tahun kurang ke 18.tidak.)
Aku memaksudkan umur berkurang.
Iaitulah kematian semakin menghampiri kita.

[muhasabah.]
[muhasabah.]

dalam kita tergedik-gedik berteriak.

"wwooooooooowww hepi niu yeeeeeaaah.."

(tergedik kerana ghairah melihat letupan bunga api 
yang membanjiri pemandangan sekeliling.yalah.kolej kediaman atas bukitlah katakan.
maka semua yang di bawah dapat dilihat.)

Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah
s.a.w bersabda yang bermaksud: “Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di
muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah
seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail:
‘Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk
mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.’

kita lupa bahawa maut sedang mengintai kita.
kita lupa yang kita ni,hidup cuma sementara di dunia.

kita lupaa..aaarrrrrggggghhhh..kita lupa.
(ops.maaf.sungguh tak sopan.)

mungkin bukan lupa tapi buat-buat lupa kot.
ok.ok.
[muhasabah-muhasabah]

otak tepu.
kimia organik menanti.

ps : ucapan ikhlas dari aku, moga tahun baru masihi ini, kita dapat perbaharui iman.
iman lagi mantap,kokoh,kukuh,tebal,molek,gebu etc.usahakan anjakan paradigma(amboi.karangan spm)
untuk akhlak kita,ibadah,n semua yang baek-baek saja.
ps : sila doakan aku supaya jadi wanita yang terbaek.(em,solehah.hehe).dan doa aku untuk
sahabat-sahabat aku, moga kita semua memperolehi iman yang hakiki.
moga kito semua mampu menggapai mardhatillah.
insyaAllah.

Salaam Sayang dari Aku Untuk Semua.
hehe.bajet ramai orang baca blog aku.
Arifah Waly.
Anugerah bestari.
00.31.a.m.
010112
ums.

No comments:

Post a Comment