Pages

Saturday, 1 October 2011

Sabar dan Syukur.

duit raya in 19

"weh beb,apesal dari tadi saya tengo ko ni bukan main lagi murung tu.?"

"ala beb,duit aku hilanglah."

"oh,yaka?bila lagi?"

"baru jer tadi aku perasan.ntah tercicir kat mana,aku pun tak tau."

"oklah,ko dah makan ka belum ni?"

"belum beb.duit dah hilang.amacam nak pegi makan lak..aduuii ni yang aku tak suka.masa beginilah benda tu hilang.Kalau aku tahu siapa yang ambil duit aku tu,naya orang tu nanti.arrrggh."

"sabarlah beb.kali ni saya belanja ko makan.jom."

"naa..untungnya,dibelanja lagi tu..kalaulah duit aku tu tak hilang,makan besar aku hari ni,ada duit sendiri,dibelanja lagi."

******************

Ibrah mahupun iktibar daripada kisah ini ialah,sikap kita manusia yang seringkali tamak dan rakus. Individu yang kehilangan duit dalam dialog diatas salah satu contoh daripada sikap kita manusia yang selaaalu tidak  sabar bila ada kekurangan,dan tidak pernah puas dengan apa yang ada. Dalam hal ini,kita dah boleh rumuskan bahawasannya keadaan ini berlaku apabila dua sifat yang semakin pupus dalam jiwa kita manusia,iaitulah sikap sabar dan juga qana'ah-pudarnya sikap qana'ah akan membawa kepada sikap tidak bersyukur dengan apa yang telah kita miliki..

Jelas kelihatan dalam dialog di atas,dimana dalam kedua-dua keadaan,individu yang kehilangan duit itu,tidak tenang dalam kedua-dua situasi--yakni,gelisah bila kehilangan duit, dan bila sudah di bantu,massih lagi ada rasa tidak puas tu bah.Pertama.manusia tu,gelisah sebab tidak sabar.kemudian rasa tidak puas hati sebab,dia tidak bersyukur dengan apa yang dia dah ada.Dalam kedua-dua keadaan(hilang duit dan setelah dibantu),manusia ni tetap rasa susah hati.Dan inilah salah satu bukti yang faktor kurang atau lebih harta tu bukanlah pengukur ketenangan jiwa kita.

Daripada kisah ini,timbul pertanyaan di hati kita,machamaaana sebenarnya ketenangan jiwa tu?Kemudian,machamaana kita nak mencapai ketenangan itu.Baiklah,mungkin perkara biasa bila kita dengar,orang ni susah hati bila kekurangan harta.Tapi,apa yang peliknya kita sekarang ni,yang berharta melimpah ruah(diberi kekayaan) pun masih lagi ada yang gelisah-ceeh,gelisah gitu.

Kenapa?.ok,Rasulullah pernah bersabda;

   "bukanlah dinamakan kaya ini kerana hartanya yang melimpah ruah,tetapi yang dinamakan kaya itu adalah kaya jiwa."
(HR Bukhari).

Maka disini jelas,kegelisahan dan rasa tidak puas tersebut adalah akibat daripada miskinnya hati.

Kaya Jiwa.

Dalam hadis tersebut ada disebut pasal kaya jiwa,jadi apa sebenarnya kaya jiwa atau dalam kalimah lain,kaya hati? Adakah kaya hati itu adalah individu yang mempunyai banyak hati?.jawapannya,tidak,ya.Kaya hati dalam konteks ini ialah hati yang mampu bersabar bila ditimpa kemiskinan(musibah),dan mampu bersyukur bila mendapat kekayaan(kesenangan).Dalam apa sekalipun keadaa,individu yang kaya hati ini,tetap akan tenang.

Allah berfirman:

"ketahuilah dengan mengingati Allah,hati akan menjadi tenang."(ar-Ra'd:28)

Daripada ayat di atas,kita diingatkan bahawasannya dengan mengingati Allah,hati akan menjadi tenang.Tapi,gimana dong ketenangan itu datang?.
Jawapnnya mudah sahaja,yakni,bila hati mengingati Allah maka kita akan insaf,sedar dan faham akan maksud ketentuan serta takdir yang menimpa kita.Okeh,sebagai contoh,kita ditimpa musibah yang sangat berat,maka kita sedar itu adalah ketentuan daripada Allah yang mana kita wajib menerimanya atas sebab,kita adalah hamba.InsyaAllah dalam hati kita akan membisikkan kata-kata,'Takdir sentiasa mengatasi tadbir.tentu ada hikmahnya disebalik kepahitan ini.'Makanya dengan redhanya kita dengan ketentuan Allah tersebut,itulah yang akan mencipta taman ketenangan dalam hati kita.

Meskipun begitu,kepatuhan kita kepada Allah bukanlah alasan untuk tidak berusaha menolak kegagalan,kesakitan dan macham-macham lagi.Kadang-kadang Allah mendatangkan menimpakan satu takdir yang langsung tak terfikir oleh kita,maka pada ketika itulah,kita kena fikir dan pandang takdir tersebut dengan mata hati,apa hikmahnya.yalah,seringkali kita diingatkan,setiap yang berlaku ada hikmahnya.Maka kita kenalah bijak menyingkap apa sebenarnya hikmah disebalik takdir tersebut.Meskipun terkadang akal kita tidak dapat menjangkau apa hikmah tersebut,kita kenalah berpegang pada firman Allah:

"..Boleh jadi kamu membenci sesuatu tetapi ia amat baik untuk kamu dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu tetapi ia amat buruk bagi kamu.Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(al-Baqarah:216)

Dengan itu,individu yang hatinya mengingati Allah,sentiasa mensyukuri nikmat yang dikurniakan.Tidak  akan ada rasa bongkak,sombong,zalim apatah lagi.Ia akan sedar bahawasannya,segala nikmat yang diberikan adalah satu amanah.Maknanya,dalam kata singkat,nikmat itu satu amanah daripada Allah yang mempunyai maksud tertentu untuk difahami dan dilaksanakan.Sebagai contoh ya,si polan telah dikurniakan satu nikmat,yakni beliau seorang yang pintar dan seringkali mendapat keputusan yang terbaik dalam peperiksaan contohnya.

Maka,berbalik kepada cerita,nikmat itu amanah.Jadi si polan kenalah sedar akan hakikat bahawa,kepintarannya itu satu amanah yang diberikan kepadanya yang mana dia kenalah membantu rakan-rakannya yang lain dalam konteks belajar.Rasanya contoh ini sangat mudah untuk kita fahami.Dari ini juga kita boleh simpulkan,bilamana kita amanah dalam menyampaikan amanah,maka hidup kita akan lebih mudah-saling melengkapi antara satu sama yang lain.Namun,bilamana ada di antara kita yang tidak amanah dalam menyampaikan amanah,maka itu timbullah jurang pembeza diantara kita dan orang-orang sekeliling kita.

Alhamdulillah.

Sebagai konklusinya,bila kita ditimpa musibah,maka bersabarlah.Sabar itu indah,tahu?.Begitu juga bila dilimahkan nikmat,bersyukurlah,ingat firman Allah:

"jika kamu mensyukuri nikmat yamg diberikan,nescaya akan Ku tambahkan nikmat tersebut,namun jika kamu kufur,ketahuilah bahawa azabKu amat pedih."
(Ibrahim:7)

Liat aja,bila syukur ditambah lagi,tapi bila kufur,ingat Allah tak kata Dia akan mengurangkan nikmat tersebut tapi,kita dah diberi amaran awal-awal,iaitulah,siapa-siapa yang kufur,azab pedih menanti.

Kita umat islam,sudah diajar bial dapat nikmat,ucap alhamdulillah-segala puji bagi Allah.Jelas bukan maksudnya,segala puji bagi Allah.Bukannya bila dah dapat nikmat kaya contohnya,kita malah memuji-muji diri sendiri,.jangan-jangan,Kita kena sentiasa sedar diri,bahawa itu semua pemberian Allah dan kita wajib berterima kasih kepada-Nya.

Ingat,bila kita tidak rasa itu adalah pemberiannya maka itulah yang akan membawa kita kepada rasa sombong dan tidak pernah puas dengan apa yang kita ada.Bila tidak ada rasa puas,maka itulah yang membawa kepada sikap tamak haloba durjana dengan seniasa mencari dan terus mancari.Ini tidak jauh bezanya dengan orang yang minum air laut.Makin banyak diminum,makin haus jadinya.Fenomena inilah sebenarnya yang membawa kepada 'jenayah kolar putih'.Sudah kaya harta,tapi masih tamak kerana miskin hatinya.

Dan ketahuilah bahawa hakikat inilah yang pernah digambarkan oleh maksud sebuah hadis iaitu,jika dunia ini diserahkan kepada seorang yang tamak,maka dia akan menuntut sebuah lagi dunia yang seumpamanya.Inilah bahana kerakusan nafsu yang tidak pernah mengenal erti cukup dan puas.

Wallahu'alam.

p/s:sila ingatkan saya bila saya tamak haloba..haha.















No comments:

Post a Comment