Pages

Friday, 16 September 2011

Tijaarah?

Tijaarah.??
Ma ma'na tijaarah?
Apa maksud tijaarah??

Tijaarah..ma'naha,
perniagaan..

maksud tijaarah,perniagaan..
saja nak test lughah a'rabi..

Bila kita ditanya secara spontan mengenai 'perniagaan'..pasti macam-macam yang akan terlintas dalam kotak fikiran kita nii..ada yang mengatakan perniagaan tu,."alaa yang meniaga sayur kat pasar tuu.."...ada juga yang berpendapat,perniagaan tu..mm,."macam yg kerja-kerja kat syarikat besar,main saham.."..dan macam-macam lagi pendapat yang di utarakan.Tapi,ada satu jawapan yang jarang-jarang sekali kita dengar..apa yaa??

Ada satu perniagaan yang sangat-sangat menguntungkan,.yang mana bila kita menjalankan perniagaan tersebut,.FUHH!!,sangat beruntung...tapi sebelum tu,saya nak minta maaflah kalau-kalau ada siapa-siapa yang ambil subjek pengajian perniagaan tidak setuju dengan perniagaan yang akan saya utarakan ni..sebab,benda ni tak masuk dalam mana-mana syllabus untuk pengajian perniagaan..tak kiralah ambik master ka,ambik pHD ka,memang takda benda nii..

Ok,.saya tahu mesti Curios dah manyerang jiwa korang nii..sebenarnya,perniagaan tu tak lah susah sangat..tapi yang bestnya perniagaan ni dapat menghindarkan kita daripada azab yang pedih kelak..hmm,.bila dengar kenyataan nii mungkin ada yang akan rasa saya ni penyebar ajaran sesat..dan bagi yang biasa mentadabbur al-Quran,pasti dapat tangkap apa yang saya nak sampaikan ni...sabar-sabar,.tunggu dulu,baca dulu ni entri saya yang  tak seberapa ni..

Allah berfirman:
         "Wahai orang-orang yang beriman..mahukah kamu Aku tunjukkan kepada kamu satu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab yang pedih??"(As-Saff)
 
kemudian ayat ni disambung lagi..
   "Berimanlah kepada Allah serta Rasulnya,juga berjihadlah di jalan Allah..itulah yang terbaik bagi kamu sekiranya kamu mengetahuinya."(As-Saff)

SubhanAllah,mudah bukan..kita hanya perlu beriman kepada Allah dan Rasul..tapi kena fahamlah,beriman kepada Allah ni sangat luas skopnya,umumnya,.kita amar ma'ruf,nahi mungkar..beriman kepada Rasul pula,perjuangkan sunnahnya,walaupun sekeciil-kecil sunnah,sebagai contoh,masuk tandas,dahulukan kaki kiri..pun,kira ok..walaupun sedikit,asalkan istiqamah dan ada rasa untuk mempertingkatkan usaha kita untuk mengamalkan sunnah Rasul kita..seterusnya,berjihad di jalan Allah..berjihad  tak semestinya berperang..sebagai contoh berjihad melawan nafsu..nafsu malas,..dan macham-macham lagilah..

Sebagai penyampai,saya harus lebih mengambil tahu berbanding org yg disampaikan(mad'u)..kerana Allah berfirman dalam surah As-saff:

"amat besar murka Allah kepada orang yang berkata tapi tidak melakukannya"

Akhirul kalam,orang yang menulis,xdapat faedah,membaca juga xdapat faedah,.tapi yang dapat faedah hanyalah orang yang mengamalkannya..Segala yg baik datang drpd Allah,yang buruk datang drpd kelemahan diri sy sendiri..wallahu'alam.
 
 
*nawar(^-^).
computer lab
kolej matrikulasi labuan
 
p/s:entri ni saya copy dari belog lama yang saya dah tak pernah update.lupa kata laluan dengan emailnya sekali.ok.haha.lucu tapi itulah kenyataannya.

No comments:

Post a Comment