Pages

Monday, 19 September 2011

Tak cukup untuk kerbau berendam..

 Kau tahu?
Air tu sejenis cecair.
haha.
Tak sebenarnya ayat entri ni bermula begini.
Air ni jika dialirkan dari langit.
(sila bayangkan.untuk memudahkan bayangan tersebut.sila bayangkan hujan yang turun.)
Ok.
Bila air berbentuk hujan itu turun.
Maka saya tahu bahawa kita semua tahu.
Kita tahu, tempat pertama air hujan tu sampai
ialah di tempat yang tertinggi.
Contoh:Gunung kinabalu.
(Tak perlu persoalkan pasal kolerasi contoh dengan entri.)
Saya yakin kebanyakan manusia tahu.
Air hujan tersebut tidak akan bertakung di atas gunung.
Ya.
Saya tidak menafikan bahawa ada juga yang bertakung.
tapi jumlahnya agak sedikit ok.
(bak kata saya,air tersebut tidak mampu menampung walau hanya seekor kerbau untuk melepaskan gian mereka terhadap air lumpur.haha).
Dan.
Selebihnya.
Air tersebut akan mengalir ke tempat-tempat yang lebih rendah.
 haha.
Maaf ini hanyalah analogi.
Kolerasinya dengan ilmu ialah,
Ilmu juga hanya akan singgah di tempat yang rendah.
Jangan jadi macham orang bodoh untuk menginterpretasikan ayat ini.
Ok.
Terus kepada maksud ayat.
Hanya orang yang memiliki kerendahan hati akan mudah menerima ilmu.
Kerendahan hati terhadap pemberi ilmu.
Maksudnya.
Hilangkan segala keangkuhan durjana yang bersarang di hati.

Kau tahu.
Angkuh itu salah satu bala tentera yang menjadi penjaga pagar hati daripada ditembusi oleh
tentera-tentera ilmu.
(kelas ko jah.ini merupakan ayat orang tengah mengantuk.)
Coba kau bayangkan.
Kebiasaannya,keangkuahan itu membawa kepada ke'egoistic'kan.
Bila dah egois.
Yaa.Paham-paham jaklah apa yang akan terjadi.

Berbeza dengan manusia yang rendah hati.
Tidak akan ada yang menghalangnya untuk menagih ilmu dari sesiapa pun.
Maka saya tahu kau pun tahu apa kelebihan orang yang rendah hati dalam menuntut ilmu.
Jadi rasanya tidak perlu untuk saya jelaskan lagi banyak.

Justeru,marilah kita bersama-sama menggembleng tenaga untuk mendoakan 
para sahabat kita agar sentiasa dengan kerendahan hati dalam perjuangan menuntut ilmu.
 (ayat yang sungguh...)




No comments:

Post a Comment