Pages

Friday, 16 September 2011

Kau yang hitam,sila..

kau yang hitam,
silakan masuk neraka.
Bagi kau yang kurang hitam.
Tunggu sekejap di perantaraan syurga dan neraka.
Ni yang berkulit putih dan cerah.
silakan masuk syurga dengan hormatnya..

Astaghfirullah.
Kalau benar begini caranya penilaian untuk manusia
dinisbahkan samaada masuk syurga atau neraka kelak,
Maka tidak hairanlah jika semua manusia,
Berlumba-lumba untuk mendapatkan kosmetik yang boleh mencerahkan kulit.

yalah.
Semua manusia sudah pasti menginginkan kecerahan pada kulit sebagai lesen untuk masuk syurga..

tapi,
Adilnya Allah.
Rahimnya Allah.
Dia tidak menilai kecerahan kulit untuk dijadikan penanda arasan untuk hambanya masuk ke syurga-Nya.
Malah Dia sudah berfiman dalam Quran:
  "Hai manusia,sesungguhnya Kami menciptakan
kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal.Sesungguhnya oang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa antara kamu.Sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi Maha mengenal."
surah al-hujuraat:13.


Jelas bukan.
kau hitam.
Kau putih.
Kau setengah hitam setengah putih.
Kau coklat.
Kau Pink.
Semua sama sahaja.
Yang penting.
TAQWA.
Kalau kau bertaqwa kepada Allah.
Maka kaulah yang paling 'manang'.

Jadi kau yang terasa rendah diri dengan kehitaman kulit.
Silakan buang perasaan yang membuatkan kau rasa diri kau rendah.
Tidak perlu menyusahkan diri kau untuk edit gambar kau supaya kelihatan lebih cerah daripada biasa.
Ingat.
Allah tidak pernah mengiktiraf dasar Apartheid.
Usah kau habiskan duit untuk membeli bedak penempel muka.

Dan kau yang rasa berkulit putih.
Tolong jangan Jadi sombong bongkak.
Kerana itu bukanlah lesen untuk kau berbahagia hidup
duniawi dan ukhrawi.
Maka berhati-hati dengan kecerahan kulit kau tu.

No comments:

Post a Comment