Pages

Friday, 16 September 2011

Ikhlas itu macham

Satu hari yang agak indah,
Terlintas di fikiran saya,
akan kata-kata seorang sahabat saya,
lebih kurang beginilah,

"..pernahkah kau rasa kecewa bila kau dah berusaha buat sesuatu bersungguh-sungguh,tapi orang lain tak menghargai usaha kau?.."

Lantas saya berfikir.
Pernahkah?
Kemudian saya menjawab.

"..pernah,.kenapa?"

Dengan penuh keyakinan,
dia membalas,

"..bila kita usahakan sesuatu tu dengan ikhlas,kita tak kan rasa kecewa bila orang tak menghargai apa yang kita buat.."

Saya rasa pelik yang amat sangat,
dia menyambung.

"..ikhlas ni maksudnya menyandarkan sesuatu niat kita hanya kerana Allah..kita buat seseatu(kebaikan) hanya kerana untuk mendapatkan keredhaan Allah semata-mata.."

Kelas ko jah.haha.
saya terkedu,
betul juga,
kemudian perbualan tu berhenti setakat tu.
di kemudian hari,
ketika menanti seseorang untuk menyampaikan kuliah maghrib,(surau)
saya bertanya pendapat seorang sahabat saya(sahabat yang lain)

Saya:"..sahabat,apa pendapat enti pasal ikhlas?."
Sahabat:"..ikhlas?hmm,.bagi saya ikhlas ni diumpamakan seperti semut hitam,
diatas batu legam,
dikala malam yang kelam.."

Adeii apa ni,.??
demi melihat muka saya yang sangat bengong,
dia menyambung,

"..maksudnya begini,bila semut hitam diatas batu legam,tengah malam kelam,
kau nampak ka?.."

dia menerangkan dengan penuh semangat,.
saya berfikir,
betul juga,
kemudian dia menyambung,

"..begitu juga ikhlas,kita tak nampak ikhlas tu,
kita tak bleh menilai sejauh mana keikhlasan seseorang,
bak kata ustaz zul(penceramah dsurau kolej),
tak semestinya bila kita lihat seseorang tu susah hati melakukan sesuatu kerja yang disuruh,kita terus menghukumnya dengan menuduh dia tak ikhlas,maksudnya kita memang tak boleh menilai keikhlasan seseorang ani.."

begitu sahabat saya terangkan,
sempat meniru ayat seorang ustaz,
ingatkan dah habis,
rupanya..

"..satu lagi,bila kita lihat seseorang macham orang berat hati melakukan sesuatu kebaikan,kita tak bleh kata dia tak ikhlas sebab terpaksa,.kerana,selagimana dia buat tu kerana Allah,
InsyaAllah,
itu adalah yang terbaik,
sebagai contoh,
ingat kah lagi kisah nabi Ibrahim yang diuji perasaannya,
bila diperintahkan untuk menyembelih anaknya?.
adakah nabi Ibrahim melakukannya dengan tersenyum girang?
tidak.
nabi Ibrahim melakukannya dengan kepiluan yang teramat sangat,
tapi.
semuanya dilakukan kerana Allah.."

oh,
saya suka mendengarnya.
daripada apa yang diterangkan oleh sahabat saya tu,
saya dapat buat beberapa kesimpulan,

i-Tak perlu nak persoalkan setakat mana tahap keikhlasan seseorang.
itu urusan Allah.
ii-Setiap perkara(baik) yang dilakukan sandarkan kepada Allah,
untuk mencapai redha-Nya.

wallahu'alam
 
p/s:mohon perbetulkan kalau ada yang salah.

No comments:

Post a Comment