Pages

Friday, 16 September 2011

Ikat hati.


Ya Allah,
Sesungguhnya Engkau Mengetahui,
 bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana MengasihiMu,
 bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, 
bersatu memikul beban dakwah Mu.

Hati-hati ini telah mengikat janji setia 
untuk mendaulat dan menyokong syari'at Mu,
 maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya. 
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini.

 Tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalan-Nya (yang sebenar). 
Penuhkan (piala) hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap.
 Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan keimanan 
dan keindahan tawakkal kepadaMu. 

Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu
(Jika Engkau mentakdirkan kami mati) 
maka matikanlah pemilik hati-hati ini 
sebagai para syuhada' dalam perjuangan agama Mu.

 Engkaulah sebaik baik sandaran dan sebaik-baik penolong. 
 sebagaimana Engkau melahirkan yang kaku/mati dari sesuatu yang hidup. 
Engkau memberi rezeki tanpa berhitung,
 kepada siapa sahaja yang Engkau kehendaki.

Ya Allah, menjelanglah kini malam (ciptaan) Mu,
beredarlah sudah siang Mu,
 inilah keluhan suara dan pinta dari para du'ah Mu 
maka oleh itu ampunkanlah kami.

Amin Ya Rabbal 'Alamin

No comments:

Post a Comment