Pages

Friday, 16 September 2011

Hormat Dong!

  
Jujur saya akui.
Saya bukanlah seorang yang pandai membungakan kata-kata.
ok.
Saya cuma nak kongsi kisah saya.
Kisah saya sebagai seorang mahasiswi.
Tahun pertama.
Semester pertama.
Hari ke-2.
(Saja tak mau cerita pasal hari pertama,sebab saya datang kuliah lewat,
iaitu 15 minit sebelum kuliah bermula).
Hari ke-2.
Saya datang kuliah sejam lebih awal.ok.
Hendak dijadikan cerita.
Sementara menunggu kedatangan pensyarah.
Dengan muka penuh kebosanan.
Saya melihat gelagat mahasiswa/i di sekeliling saya.
Keadaan di sekeliling sama sahaja seperti pasar ikan.
Bezanya cuma,takda bau ikan.

Ohya.

Untuk pengetahuan.
Saya duduk di barisan kedua dari hadapan.
Dan pelajar di hadapan saya adalah golongan cina.
Yang saya yakin lepasan STPM.(berdasarkan no ic nya).

ok.

Dalam keadaan hingar bingar tersebut.
Tiba-tiba pensyarah untuk subjek Kimia Fizikal.
Masuk dalam bilik kuliah tersebut.

Seraya dengan itu.
Pelajar cina depan saya tiba-tiba berdiri.
Oh.
Saya hampir tergelak.
Tapi saya rasa takda keperluan untuk itu.
Jadi saya batalkan niat untuk meng'gelak'kan pelajar tersebut.
Dipendekkan cerita.
Bila kuliah dah mula.
(Dalam sejam begitu).

Tiba-tiba. 
Pelajar yang sama berdiri.
Beliau bergerak ke arah pensyarah tersebut.
Kemudian..

Sir,may I go to the toilet?

Pensyarah tersebut menjawab..

Sure.you may go.ok. you all now is universities student.no need to ask permission if you want to go to the toilet.

Keadaan bilik tersebut kembali riuh.
Riuh dengan gelak ketawa.
Saya?
Saya tak pasti.
Masa tu saya ketawa atau tak.
haha.
ok.
Sebenarnya apa yang saya nak sampaikan.
ialah.
Em.
Hormat.
Bagi saya.
Tindakan pelajar tersebut bukanlah satu tindakan yang melucukan.
Cuma mungkin beliau masih terbawa-bawa dengan budaya ketika masih di SMK.
Dan saya rasa ianya baik untuk diamalkan.
Yalah.
Orang kata.
Hormat kepada pendidik tu,adab menuntut ilmu.
Bila hormat.
Ilmu berkat.

Kau ingat orang melayu kata apa?.
Ikutlah resmi padi.semakin berisi.makin tunduk.
jangan macham lalang.dahlah takda isi.
tapi,tak lari dari keangkuhannya.
(pandai-pandailah kau interpret ayat ni).



P/s:lepas ni kalau kau menghadapi situasi yang sama,sila jangan ketawa.
lagi satu untuk peringatan bersama,bila pensyarah kata tak perlu berdiri bagi salutation bila beliau masuk,atau tak perlu minta kebenaran kalau nak pergi tandas,maka kita janganlah ambil kefahaman bahawa beliau tak perlu dihormati.Beliau-beliau itu mungkin hanya memberi keistimewaan untuk mahasiswa/i.Yalah orang kata,dah besaq,pandai-pandailah fikir sendiri. 

 
 
 


No comments:

Post a Comment