Pages

Friday, 16 September 2011

Guess3.67

Guess3.67

Allah berfirman:
"laha maa kasabat,wa'alaiha maktasabat.."
Maksudnya:
"Apa yang diusahakan,itulah yang diperolehi.."
Indah bukan?
Ini semua janji Allah.
Dan ketahuilah.
Allah tidak pernah memungkiri janjinya.

Makanya.
Kau yang sedang menuntut ilmu.
Sila jangan putus asa.
Saya faham.
Trigonometry bukan mudah.
Biodiversity juga boleh memenuhkan kapasiti otak(tak mungkinlah).
Organic chemistry boleh buat kau muntah-muntah nak siapkan mind map.
Tapi sebagai manusia yang beriman.
Sepatutnya kita tidak pernah kenal dengan si putus asa.

Allah berfirman:
"Sesungguhnya tiap-tiap kesusahan itu ada kesenangan."
Surah as-Syarh:5&6.


Dalam kau susah-susah belajar pengamiran & pembezaan.
Integration & Differentiation kata orang putih.
Ditambah pula dengan Kebarangkalian yang juga dikenali sebagai probability.
Tidak dilupa juga Homeostasis.
Ingatlah.
Pasti ada kesenangan yang menanti.
Pasti sepasti pastinya.
Apa yang penting?
Ikhtiar+Doa+Tawakkal=an-Najah..

Satu pesan saya.
Kau tak perlu memasang cita-cita nak jadi doktor kalau
'Kerb's Cycle' pun kau payah nak masuk.
Tak payah bermimpi nak jadi jurutera (muhandis kata orang timur tengah) kalau orang lain tengah pasang mata menghadap slaid di lecture hall,sedangkan kau pula masih meng'kilang'kan tahi mata di hostel.
Dan saya harap kau tidak perlu berharap nak jadi akauntan seandainya kau menghabiskan masa malam kau dengan menonton drama-drama korea.
kerana apa?
Untuk mencapai kejayaan tidak semudah makan ayam kentaki.

Dan yang pastinya.
Allah sudah berjanji bahawasannya.
Dia tidak akan mengubah nasib kita kalau kita tidak mengubahnya.

Maksudnya.
Dalam ayat yang lagi mudah.
Nasi yang di piring tidak akan masuk ke mulut kita kalau kita tidak menginginkan nasi tersebut.
(macam ayat susah pulak)
Dalam erti kata lain.
Allah tidak akan beri kejayaan kalau kita tidak pernah berusaha untuk mencapai kejayaan itu.

Alaa..pandai-pandailah kita fikir yaa..

P/s:Kau yang bagi saya jam yang diberi nama Guess3.67.terima kasih.haha
 



No comments:

Post a Comment