Pages

Tuesday, 27 September 2011

Jangan Menyerah!!


tak ada manusia.
yang terlahir sempurna.
jangan kau sesali.
sgala yang telah terjadi.


kita pasti pernah.
dapatkan cubaan yang berat.
seakan hidup ini.
tak ada ertinya lagi.


syukuri apa yang ada.
hidup adalah anugerah.
tetap jalani hidup ini.
melakukan yang terbaik.


tuhan pastikan menunjukkan.
kebesaran dan kuasaNya.
bagi hambaNya yang sabar.
dan tak kenal putus asa.


jangan menyerah!!!!!!


Sebar Cinta,
Arifah Waly,
Anugerah Bestari,
^_____^

Thursday, 22 September 2011

lantak kaulah beb.

maaf.
aku tahu aku bukannya baek sangat.
serius!
aku bukan malaikat.
aku hanya manusia yang sering buat kesilapan.

aku bukan apa.
cuma nak cakap sikit jer.
sikit.
ok.

aku sebenarnya serba salah.
nak cakap 'lantak kaulah beb'.
tapi Dia dah kata.
"dan tetaplah memberi peringatan,sesungguhnya peringatan itu sangat bermanfaat bagi orang mu'min."

jadi.
mahu tak mahu.
aku kena cakap juga.
sekadar untuk peringatan bersama.

kau mengaku kau islam tapi kau tak buat apa yang Dia suruh.
jangan kau pura-pura lupa yang solat itu rukun agama kita.
kau kata kau penat maka kau tinggalkan solat itu.
ok.
mungkin kau lupa solat itu tiang agama yang
juga menjadi pembeza diantara orangkafir dan muslim.

kau tahu batas aurat,tapi kau buat-buat lupa.
kau berbaju tapi telanjang sendat lagi jarang.
kau kata kau nak cuba dalami ilmu agama.
tapi kau tidak berusaha ke arah itu.
ok.

ya.
aku sedar aku buat banyak salah juga.
tapi.
kalau antara kita tidak saling tegur menegur (untuk kebaikan.)
siapa lagi?
kalau bukan sekarang.
bila lagi?
kau nak tunggu kau sempurna?
suci tanpa melakukan dosa?
sorilah beb.
orang kata,manusia tu takda yang sempurna.
apatah lagi yang tidak pernah melakukan kesilapan.

jadi aku harap lepas ni.
bila kau nampak aku buat jahat.
silakan tegur aku.
aku tak kisah pun.

aku dah taktau.
apa lagi aku nak tulis.
cuma peringatan aku.
sama-samalah kita mengukuhkan tiang agama kita.
kerana apa.
kerana,kau datin ko,datuk ke,mahasiswa ke,mahasiswi ke.
semuanya tak ada maknanya.
kalau kau tak taat kepada suruhan Dia.

p/s:jangan jadikan rasa penat kau sebagai lesen kau untuk tidak menunaikan segala tuntutan agama (islam)kepada kita.

sungguh aku mahu.

tak.
aku tak berniat untuk mempermainkanmu.
aku serius.

sungguh aku mahu.
tapi.
dalam hati,aku berdoa.
berdoa agar apa yang dirancang pada hari ini
akan digagalkan.

dan.

doaku dimakbulkan.
(maksudnya rancanganku hari ni gagal.)

aku tak tau apa rasa dalam hati.
sedih.
gumbira.
kechiwa.
oh.
tidak.
semua ada.

tapi aku tahu ini ada hikmah yang terbesar.

"kita merancang,Allah merancang.Sebaik-baik perancang adalah Allah."

moga Allah menjaga kita.


p/s:rasa minta puji tiba-tiba datang.justeru,jangan hairan dengan perkataan 'aku'.

Wednesday, 21 September 2011

saat lafaz sakinah


heningnya, sunyi suasana.
lafaz sakinah bermula.
apa rasa diterjemah hanya.
sebak abah tangis ibunda.

adalah aku, wali puteriku.
serah kini amanahku ini padamu.
nafkahilah dia curah kasih dan cinta.
lebih dari yang ku berikan kepadanya.

dulu esakannya sandar di bahuku.
tangisannya kini kuserah padamu.
bukan bermakna dia bukan milikku.
fitrahnya perlukanmu.

jadikanlah ia wanita syurga.
mengerti benar akan maharnya.
taat itu bukan hanya pada nama.
indah ia pada maksudnya.

ku akur akan pesanmu.
puterimu kini amanahku.
iringilah dengan doamu.
bahagia kami dari redhaMu.

dulu esakannya sandar di bahuku.
tangisannya kini kuserah padamu.
bukan bermakna dia bukan milikku.
fitrahnya perlukanmu.


jadikanlah ia wanita syurga.
mengerti benar akan maharnya.
taat itu bukan hanya pada nama.
indah ia pada maksudnya.


p/s:best bha ni lagu.kalo blm dengar,cubalah cari..



Monday, 19 September 2011

Tak cukup untuk kerbau berendam..

 Kau tahu?
Air tu sejenis cecair.
haha.
Tak sebenarnya ayat entri ni bermula begini.
Air ni jika dialirkan dari langit.
(sila bayangkan.untuk memudahkan bayangan tersebut.sila bayangkan hujan yang turun.)
Ok.
Bila air berbentuk hujan itu turun.
Maka saya tahu bahawa kita semua tahu.
Kita tahu, tempat pertama air hujan tu sampai
ialah di tempat yang tertinggi.
Contoh:Gunung kinabalu.
(Tak perlu persoalkan pasal kolerasi contoh dengan entri.)
Saya yakin kebanyakan manusia tahu.
Air hujan tersebut tidak akan bertakung di atas gunung.
Ya.
Saya tidak menafikan bahawa ada juga yang bertakung.
tapi jumlahnya agak sedikit ok.
(bak kata saya,air tersebut tidak mampu menampung walau hanya seekor kerbau untuk melepaskan gian mereka terhadap air lumpur.haha).
Dan.
Selebihnya.
Air tersebut akan mengalir ke tempat-tempat yang lebih rendah.
 haha.
Maaf ini hanyalah analogi.
Kolerasinya dengan ilmu ialah,
Ilmu juga hanya akan singgah di tempat yang rendah.
Jangan jadi macham orang bodoh untuk menginterpretasikan ayat ini.
Ok.
Terus kepada maksud ayat.
Hanya orang yang memiliki kerendahan hati akan mudah menerima ilmu.
Kerendahan hati terhadap pemberi ilmu.
Maksudnya.
Hilangkan segala keangkuhan durjana yang bersarang di hati.

Kau tahu.
Angkuh itu salah satu bala tentera yang menjadi penjaga pagar hati daripada ditembusi oleh
tentera-tentera ilmu.
(kelas ko jah.ini merupakan ayat orang tengah mengantuk.)
Coba kau bayangkan.
Kebiasaannya,keangkuahan itu membawa kepada ke'egoistic'kan.
Bila dah egois.
Yaa.Paham-paham jaklah apa yang akan terjadi.

Berbeza dengan manusia yang rendah hati.
Tidak akan ada yang menghalangnya untuk menagih ilmu dari sesiapa pun.
Maka saya tahu kau pun tahu apa kelebihan orang yang rendah hati dalam menuntut ilmu.
Jadi rasanya tidak perlu untuk saya jelaskan lagi banyak.

Justeru,marilah kita bersama-sama menggembleng tenaga untuk mendoakan 
para sahabat kita agar sentiasa dengan kerendahan hati dalam perjuangan menuntut ilmu.
 (ayat yang sungguh...)




Friday, 16 September 2011

Ikat hati.


Ya Allah,
Sesungguhnya Engkau Mengetahui,
 bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana MengasihiMu,
 bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, 
bersatu memikul beban dakwah Mu.

Hati-hati ini telah mengikat janji setia 
untuk mendaulat dan menyokong syari'at Mu,
 maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya. 
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini.

 Tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalan-Nya (yang sebenar). 
Penuhkan (piala) hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap.
 Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan keimanan 
dan keindahan tawakkal kepadaMu. 

Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu
(Jika Engkau mentakdirkan kami mati) 
maka matikanlah pemilik hati-hati ini 
sebagai para syuhada' dalam perjuangan agama Mu.

 Engkaulah sebaik baik sandaran dan sebaik-baik penolong. 
 sebagaimana Engkau melahirkan yang kaku/mati dari sesuatu yang hidup. 
Engkau memberi rezeki tanpa berhitung,
 kepada siapa sahaja yang Engkau kehendaki.

Ya Allah, menjelanglah kini malam (ciptaan) Mu,
beredarlah sudah siang Mu,
 inilah keluhan suara dan pinta dari para du'ah Mu 
maka oleh itu ampunkanlah kami.

Amin Ya Rabbal 'Alamin

Ikhlas itu macham

Satu hari yang agak indah,
Terlintas di fikiran saya,
akan kata-kata seorang sahabat saya,
lebih kurang beginilah,

"..pernahkah kau rasa kecewa bila kau dah berusaha buat sesuatu bersungguh-sungguh,tapi orang lain tak menghargai usaha kau?.."

Lantas saya berfikir.
Pernahkah?
Kemudian saya menjawab.

"..pernah,.kenapa?"

Dengan penuh keyakinan,
dia membalas,

"..bila kita usahakan sesuatu tu dengan ikhlas,kita tak kan rasa kecewa bila orang tak menghargai apa yang kita buat.."

Saya rasa pelik yang amat sangat,
dia menyambung.

"..ikhlas ni maksudnya menyandarkan sesuatu niat kita hanya kerana Allah..kita buat seseatu(kebaikan) hanya kerana untuk mendapatkan keredhaan Allah semata-mata.."

Kelas ko jah.haha.
saya terkedu,
betul juga,
kemudian perbualan tu berhenti setakat tu.
di kemudian hari,
ketika menanti seseorang untuk menyampaikan kuliah maghrib,(surau)
saya bertanya pendapat seorang sahabat saya(sahabat yang lain)

Saya:"..sahabat,apa pendapat enti pasal ikhlas?."
Sahabat:"..ikhlas?hmm,.bagi saya ikhlas ni diumpamakan seperti semut hitam,
diatas batu legam,
dikala malam yang kelam.."

Adeii apa ni,.??
demi melihat muka saya yang sangat bengong,
dia menyambung,

"..maksudnya begini,bila semut hitam diatas batu legam,tengah malam kelam,
kau nampak ka?.."

dia menerangkan dengan penuh semangat,.
saya berfikir,
betul juga,
kemudian dia menyambung,

"..begitu juga ikhlas,kita tak nampak ikhlas tu,
kita tak bleh menilai sejauh mana keikhlasan seseorang,
bak kata ustaz zul(penceramah dsurau kolej),
tak semestinya bila kita lihat seseorang tu susah hati melakukan sesuatu kerja yang disuruh,kita terus menghukumnya dengan menuduh dia tak ikhlas,maksudnya kita memang tak boleh menilai keikhlasan seseorang ani.."

begitu sahabat saya terangkan,
sempat meniru ayat seorang ustaz,
ingatkan dah habis,
rupanya..

"..satu lagi,bila kita lihat seseorang macham orang berat hati melakukan sesuatu kebaikan,kita tak bleh kata dia tak ikhlas sebab terpaksa,.kerana,selagimana dia buat tu kerana Allah,
InsyaAllah,
itu adalah yang terbaik,
sebagai contoh,
ingat kah lagi kisah nabi Ibrahim yang diuji perasaannya,
bila diperintahkan untuk menyembelih anaknya?.
adakah nabi Ibrahim melakukannya dengan tersenyum girang?
tidak.
nabi Ibrahim melakukannya dengan kepiluan yang teramat sangat,
tapi.
semuanya dilakukan kerana Allah.."

oh,
saya suka mendengarnya.
daripada apa yang diterangkan oleh sahabat saya tu,
saya dapat buat beberapa kesimpulan,

i-Tak perlu nak persoalkan setakat mana tahap keikhlasan seseorang.
itu urusan Allah.
ii-Setiap perkara(baik) yang dilakukan sandarkan kepada Allah,
untuk mencapai redha-Nya.

wallahu'alam
 
p/s:mohon perbetulkan kalau ada yang salah.

Dimana kau iman?

*persepsi orang kita*

Watak 1:   Weh-weh,kau tengok tu.
ee,gelilah.
pegang tangan segala.(opkos la laki & perempuan)

Watak 2:  Alah,biasa jak pun,
saya selalu tengok lagi teruk dari tu,
bepeluk-peluk lagi di tengah khalayak ramai.

*********
Naa.
apa ni?

teringat saya akan sebuah hadis,
saya kurang ingat ayat lengkapnya,
yang saya ingat,
cuma..

"..jika kamu melihat kemungkaran,
maka cegahlah dengan tangan(kuasa),
jika tidak mampu,
cegahlah dengan lisan(perkataan),
kalau tak mampu juga,
cegahlah dengan hati,
dan.
itulah selemah-lemah iman.."

Maksud mencegah dengan hati dalam hadith tersebut ialah,
membenci kemungkaran dengan hati.
sebagai manusia.
sudah menjadi fitrahnya,
membenci kemungkaran.

dan ketahuilah,
membenci dengan hati tu,
selemah-lemah iman.
bila kita dah tahu ia adalah selemah-lemah iman,
apa yang bleh kita simpulkan,
dengan persepsi sesetengah orang kita,
yang.
bilamana melihat kemungkaran di depan mata,
no feeling..
takda perasaan langsung.
nampak biasaaaaa saja.
bila dah jadi begini,
seharusnya tanya pada diri kita sendiri,
mana iman kita?
mana dia menghilang?

ya benar deh,
benci dalam hati pun dah tergolong dalam kalangan
orang yang punyai iman yang sangat lemah,
jadi.
bila takda feeling,
apa maksudnya 
tu..

Astaghfirullah-al-azim..
naudzubillahi min zaalik.

Tijaarah?

Tijaarah.??
Ma ma'na tijaarah?
Apa maksud tijaarah??

Tijaarah..ma'naha,
perniagaan..

maksud tijaarah,perniagaan..
saja nak test lughah a'rabi..

Bila kita ditanya secara spontan mengenai 'perniagaan'..pasti macam-macam yang akan terlintas dalam kotak fikiran kita nii..ada yang mengatakan perniagaan tu,."alaa yang meniaga sayur kat pasar tuu.."...ada juga yang berpendapat,perniagaan tu..mm,."macam yg kerja-kerja kat syarikat besar,main saham.."..dan macam-macam lagi pendapat yang di utarakan.Tapi,ada satu jawapan yang jarang-jarang sekali kita dengar..apa yaa??

Ada satu perniagaan yang sangat-sangat menguntungkan,.yang mana bila kita menjalankan perniagaan tersebut,.FUHH!!,sangat beruntung...tapi sebelum tu,saya nak minta maaflah kalau-kalau ada siapa-siapa yang ambil subjek pengajian perniagaan tidak setuju dengan perniagaan yang akan saya utarakan ni..sebab,benda ni tak masuk dalam mana-mana syllabus untuk pengajian perniagaan..tak kiralah ambik master ka,ambik pHD ka,memang takda benda nii..

Ok,.saya tahu mesti Curios dah manyerang jiwa korang nii..sebenarnya,perniagaan tu tak lah susah sangat..tapi yang bestnya perniagaan ni dapat menghindarkan kita daripada azab yang pedih kelak..hmm,.bila dengar kenyataan nii mungkin ada yang akan rasa saya ni penyebar ajaran sesat..dan bagi yang biasa mentadabbur al-Quran,pasti dapat tangkap apa yang saya nak sampaikan ni...sabar-sabar,.tunggu dulu,baca dulu ni entri saya yang  tak seberapa ni..

Allah berfirman:
         "Wahai orang-orang yang beriman..mahukah kamu Aku tunjukkan kepada kamu satu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab yang pedih??"(As-Saff)
 
kemudian ayat ni disambung lagi..
   "Berimanlah kepada Allah serta Rasulnya,juga berjihadlah di jalan Allah..itulah yang terbaik bagi kamu sekiranya kamu mengetahuinya."(As-Saff)

SubhanAllah,mudah bukan..kita hanya perlu beriman kepada Allah dan Rasul..tapi kena fahamlah,beriman kepada Allah ni sangat luas skopnya,umumnya,.kita amar ma'ruf,nahi mungkar..beriman kepada Rasul pula,perjuangkan sunnahnya,walaupun sekeciil-kecil sunnah,sebagai contoh,masuk tandas,dahulukan kaki kiri..pun,kira ok..walaupun sedikit,asalkan istiqamah dan ada rasa untuk mempertingkatkan usaha kita untuk mengamalkan sunnah Rasul kita..seterusnya,berjihad di jalan Allah..berjihad  tak semestinya berperang..sebagai contoh berjihad melawan nafsu..nafsu malas,..dan macham-macham lagilah..

Sebagai penyampai,saya harus lebih mengambil tahu berbanding org yg disampaikan(mad'u)..kerana Allah berfirman dalam surah As-saff:

"amat besar murka Allah kepada orang yang berkata tapi tidak melakukannya"

Akhirul kalam,orang yang menulis,xdapat faedah,membaca juga xdapat faedah,.tapi yang dapat faedah hanyalah orang yang mengamalkannya..Segala yg baik datang drpd Allah,yang buruk datang drpd kelemahan diri sy sendiri..wallahu'alam.
 
 
*nawar(^-^).
computer lab
kolej matrikulasi labuan
 
p/s:entri ni saya copy dari belog lama yang saya dah tak pernah update.lupa kata laluan dengan emailnya sekali.ok.haha.lucu tapi itulah kenyataannya.

Jantnlah Sangat!!

Kau dapat duit gaji pertama.
kau dah habiskan tuk beli benda tu(rokoklah).
kau berjalan dengan penuh gaya dan konfiden,
masuk kedai beli sekotak ciggerate.
lepas tu duit gaji pertama kau kerja di restoran mamak habis begitu saja kau bakar.

kau kata kalau tak sentuh benda tu.
tak jantan namanya.

saya kata.
jantanlah sangat!!
sebab.
jantan memang tak guna otak fikir.
tapi.
lelaki(yg sewaktu dengannya)
guna otak berfikir.
bukankah manusia sudah itu dicipta sebagai sebaik-baik kejadian??
maka.
wajarlah digunakan otaknya untuk berfikir membezakan mana yang baik.
mana yang buruk.

kau yang berkenaan.
sila fikir hak orang sekeliling.
yang mahu hidup bebas tanpa asap rokok.

untuk pengetahuan kau.
asap rokok kau tu bau.
tahu?
bukan tu saja.
sesak lagi menyesakkan.

kalau kau nak merokok sangat.
boleh-boleh.
bila rasa nak merokok.
kau sedut asap rokok kau tu,
(pastikan takda sedikit pun yang terbebas ke atmosfera).
kemudian merokoklah semahu-mahunya.
asal kau tak ganggu hidup saya.

satu pesanan khidmat dari saya.
tolonglah hargai tubuh badan pinjaman dari Dia.
ingat-ingat.
"janganlah kau mencampakkan dirimu ke lembah kebinasaan."

terima kasih.

p/s:nasihat khas daripada saya untuk mereka yang suka merokok di tempat awam. ohya.satu lagi,untuk kau yang beragama islam,berhentilah merokok.
Merokok tu haram.Tahu?.

Seindah semalu yang pemalu

"seindah mawar berduri."
ungkapan yang cukup indah.
Namun,setiap insan ada tafsirannya yang tersendiri.
Sebagai contoh ya.
Sahabat saya kata.
Wanita itu diumpamakan seperti mawar.

Saya bertanya.

Kenapa pulak mawar ni kau kaitkan dengan wanita?
Lantas dia berkata.
"bukankah wanita itu sinonim dengan kecantikan?"

Yalah.
Takkan ke'macho'an?

kemudian dia menyambung.

"Untuk dinobatkan sebagai mawar,dia kenalah jadi seorang
wanita bukan sekadar wanita biasa."


Alaa,apasal ni?
Berbelit sangat.dah jadi wanita,
Apa yang luarbiasanya?

Dia tersenyum kemudian berkata.

"maksud saya muslimah.
mawar itu indah.
cantik.dan punyai haruman yang luarbiasa.
namun begitu.mawar tidak membiarkan dirinya diganggu oleh sesiapa.maka itu,mawar memiliki duri sebagai perisainya daripada diganggu parasit."


owh...betul juga kan.

sahabat saya meneruskan bicaranya.

"Begitu juga muslimah.indah dipandang namun sukar untuk dipegang.Lembut tuturnya.Rapi akhlaknya.Indah pergaulannya.Terpelihara auratnya.Ingat,yang tertutup itu indah,yang terdedah itu,...yaa,bisa saja sudah tercemar.nau'dzubillahiminzdaalik.bukankah begitu.?"

Saya hanya tersenyum.
Saya bersyukur kerana mendapat sahabat sepertinya.
Setiap bicara berintikan nasihat.

Namun begitu.

disebalik penjelasan sahabat saya itu.
Terbit satu idea dikotak fikian saya.
'Tapi kenapa mawar dan bukan semalu?'

Haha.

Bukankah semalu itu lagi indah.
Dengan bunganya yang berwarna pink.
Batangnya juga disaluti duri.
Ada rasa malu lagi.
kalau tak percaya cubalah teray sentuh pohon semalu.
Bukan main pemalu lagi.
Bukankah itu menunjukkan semalu itu beriman?
Malu sebahagian daripada iman kan?
Dan rasanya lagi indah ungkapan.
"Seindah semalu yang pemalu.?"
Kan kan?

Okey..Okey.

Apa yang ingin saya nukilkan disini.
Bukanlah sekadar menyampaikan perkaitan mawar dan semalu
dengan muslimah.
Tapi.
Ntahlah.
Rasa-rasa ianya boleh dijadikan ibrah untuk kita para wanita.
Ibrah untuk macamana tu?
Sekadar role model untuk kita menjadi wanita yang selayaknya digelar muslimah.
InsyaAllah.
Minta doa agar kita para wanita mampu menggapai tittle muslimah.


p/s:sebenarnya saya lagi suka bunga tulip..hee


Kau yang hitam,sila..

kau yang hitam,
silakan masuk neraka.
Bagi kau yang kurang hitam.
Tunggu sekejap di perantaraan syurga dan neraka.
Ni yang berkulit putih dan cerah.
silakan masuk syurga dengan hormatnya..

Astaghfirullah.
Kalau benar begini caranya penilaian untuk manusia
dinisbahkan samaada masuk syurga atau neraka kelak,
Maka tidak hairanlah jika semua manusia,
Berlumba-lumba untuk mendapatkan kosmetik yang boleh mencerahkan kulit.

yalah.
Semua manusia sudah pasti menginginkan kecerahan pada kulit sebagai lesen untuk masuk syurga..

tapi,
Adilnya Allah.
Rahimnya Allah.
Dia tidak menilai kecerahan kulit untuk dijadikan penanda arasan untuk hambanya masuk ke syurga-Nya.
Malah Dia sudah berfiman dalam Quran:
  "Hai manusia,sesungguhnya Kami menciptakan
kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal.Sesungguhnya oang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa antara kamu.Sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi Maha mengenal."
surah al-hujuraat:13.


Jelas bukan.
kau hitam.
Kau putih.
Kau setengah hitam setengah putih.
Kau coklat.
Kau Pink.
Semua sama sahaja.
Yang penting.
TAQWA.
Kalau kau bertaqwa kepada Allah.
Maka kaulah yang paling 'manang'.

Jadi kau yang terasa rendah diri dengan kehitaman kulit.
Silakan buang perasaan yang membuatkan kau rasa diri kau rendah.
Tidak perlu menyusahkan diri kau untuk edit gambar kau supaya kelihatan lebih cerah daripada biasa.
Ingat.
Allah tidak pernah mengiktiraf dasar Apartheid.
Usah kau habiskan duit untuk membeli bedak penempel muka.

Dan kau yang rasa berkulit putih.
Tolong jangan Jadi sombong bongkak.
Kerana itu bukanlah lesen untuk kau berbahagia hidup
duniawi dan ukhrawi.
Maka berhati-hati dengan kecerahan kulit kau tu.

Guess3.67

Guess3.67

Allah berfirman:
"laha maa kasabat,wa'alaiha maktasabat.."
Maksudnya:
"Apa yang diusahakan,itulah yang diperolehi.."
Indah bukan?
Ini semua janji Allah.
Dan ketahuilah.
Allah tidak pernah memungkiri janjinya.

Makanya.
Kau yang sedang menuntut ilmu.
Sila jangan putus asa.
Saya faham.
Trigonometry bukan mudah.
Biodiversity juga boleh memenuhkan kapasiti otak(tak mungkinlah).
Organic chemistry boleh buat kau muntah-muntah nak siapkan mind map.
Tapi sebagai manusia yang beriman.
Sepatutnya kita tidak pernah kenal dengan si putus asa.

Allah berfirman:
"Sesungguhnya tiap-tiap kesusahan itu ada kesenangan."
Surah as-Syarh:5&6.


Dalam kau susah-susah belajar pengamiran & pembezaan.
Integration & Differentiation kata orang putih.
Ditambah pula dengan Kebarangkalian yang juga dikenali sebagai probability.
Tidak dilupa juga Homeostasis.
Ingatlah.
Pasti ada kesenangan yang menanti.
Pasti sepasti pastinya.
Apa yang penting?
Ikhtiar+Doa+Tawakkal=an-Najah..

Satu pesan saya.
Kau tak perlu memasang cita-cita nak jadi doktor kalau
'Kerb's Cycle' pun kau payah nak masuk.
Tak payah bermimpi nak jadi jurutera (muhandis kata orang timur tengah) kalau orang lain tengah pasang mata menghadap slaid di lecture hall,sedangkan kau pula masih meng'kilang'kan tahi mata di hostel.
Dan saya harap kau tidak perlu berharap nak jadi akauntan seandainya kau menghabiskan masa malam kau dengan menonton drama-drama korea.
kerana apa?
Untuk mencapai kejayaan tidak semudah makan ayam kentaki.

Dan yang pastinya.
Allah sudah berjanji bahawasannya.
Dia tidak akan mengubah nasib kita kalau kita tidak mengubahnya.

Maksudnya.
Dalam ayat yang lagi mudah.
Nasi yang di piring tidak akan masuk ke mulut kita kalau kita tidak menginginkan nasi tersebut.
(macam ayat susah pulak)
Dalam erti kata lain.
Allah tidak akan beri kejayaan kalau kita tidak pernah berusaha untuk mencapai kejayaan itu.

Alaa..pandai-pandailah kita fikir yaa..

P/s:Kau yang bagi saya jam yang diberi nama Guess3.67.terima kasih.haha
 



Prof.Dr.Nur Ariffah Binti Waly.

One fine day.
I hope..
(...............................................................................)
InshaAllah.
Please Wish for me.
hahaha.

im still 19.ok.


Kes pertama:
Kak,dataran dewan Canselor tu dimana ya?
Kes kedua:
Maaf kak,tumpang tanya bleh?
Dimana tempat nak ambik wudhu di masjid ni?
Kes ketiga:
Em,kak,Dewan Kuliah Utama tu di bahagian mana?
Hanya itu kes yang masih tersimpan kemas dalam kepala otak saya ni.
Bila saya diajukan soalan-soalan ni.
Terasa diri begitu tua.
Tapi saya harap.
Gelaran 'kakak' itu digunakan kerana mereka melihat saya ni matang.
berhati-hati.
Maksud saya.
Bagi menggelakkan kekurangajaran berlaku.
Yalah.
Manusia mempunyai pandangan yang berbeza-beza.
Boleh saja ada yang melihat saya ni macham
layak jadi ibu kepada 5 orang anak.
Tak kurang juga mungkin ada yang melihat saya ni
masih budak pra-sekolah.

Alaah.
Manusia,(esp.orang timur).
Mata sama hitam-putih.
Tapi.
Pandangan berbeda-beda.
Jadi,seperti yang telah saya jelaskan sebentar tadi.
Kes ni mungkin berlaku kerana
Untuk mengelakkan kekurangajaran.
Kira langkah selamat lah.   
ok? 
 
P/s:kes-kes tersebut berlaku ketika minggu suai mesra (ums).jadi saya ada alasan untuk berasa yakin bahawasanya,pelajar yang berumur 19 tahun nilah yang paling muda antara semua pelajar baru.asasi?.
setahu saya,asasi lagi awal masuk.

Hormat Dong!

  
Jujur saya akui.
Saya bukanlah seorang yang pandai membungakan kata-kata.
ok.
Saya cuma nak kongsi kisah saya.
Kisah saya sebagai seorang mahasiswi.
Tahun pertama.
Semester pertama.
Hari ke-2.
(Saja tak mau cerita pasal hari pertama,sebab saya datang kuliah lewat,
iaitu 15 minit sebelum kuliah bermula).
Hari ke-2.
Saya datang kuliah sejam lebih awal.ok.
Hendak dijadikan cerita.
Sementara menunggu kedatangan pensyarah.
Dengan muka penuh kebosanan.
Saya melihat gelagat mahasiswa/i di sekeliling saya.
Keadaan di sekeliling sama sahaja seperti pasar ikan.
Bezanya cuma,takda bau ikan.

Ohya.

Untuk pengetahuan.
Saya duduk di barisan kedua dari hadapan.
Dan pelajar di hadapan saya adalah golongan cina.
Yang saya yakin lepasan STPM.(berdasarkan no ic nya).

ok.

Dalam keadaan hingar bingar tersebut.
Tiba-tiba pensyarah untuk subjek Kimia Fizikal.
Masuk dalam bilik kuliah tersebut.

Seraya dengan itu.
Pelajar cina depan saya tiba-tiba berdiri.
Oh.
Saya hampir tergelak.
Tapi saya rasa takda keperluan untuk itu.
Jadi saya batalkan niat untuk meng'gelak'kan pelajar tersebut.
Dipendekkan cerita.
Bila kuliah dah mula.
(Dalam sejam begitu).

Tiba-tiba. 
Pelajar yang sama berdiri.
Beliau bergerak ke arah pensyarah tersebut.
Kemudian..

Sir,may I go to the toilet?

Pensyarah tersebut menjawab..

Sure.you may go.ok. you all now is universities student.no need to ask permission if you want to go to the toilet.

Keadaan bilik tersebut kembali riuh.
Riuh dengan gelak ketawa.
Saya?
Saya tak pasti.
Masa tu saya ketawa atau tak.
haha.
ok.
Sebenarnya apa yang saya nak sampaikan.
ialah.
Em.
Hormat.
Bagi saya.
Tindakan pelajar tersebut bukanlah satu tindakan yang melucukan.
Cuma mungkin beliau masih terbawa-bawa dengan budaya ketika masih di SMK.
Dan saya rasa ianya baik untuk diamalkan.
Yalah.
Orang kata.
Hormat kepada pendidik tu,adab menuntut ilmu.
Bila hormat.
Ilmu berkat.

Kau ingat orang melayu kata apa?.
Ikutlah resmi padi.semakin berisi.makin tunduk.
jangan macham lalang.dahlah takda isi.
tapi,tak lari dari keangkuhannya.
(pandai-pandailah kau interpret ayat ni).



P/s:lepas ni kalau kau menghadapi situasi yang sama,sila jangan ketawa.
lagi satu untuk peringatan bersama,bila pensyarah kata tak perlu berdiri bagi salutation bila beliau masuk,atau tak perlu minta kebenaran kalau nak pergi tandas,maka kita janganlah ambil kefahaman bahawa beliau tak perlu dihormati.Beliau-beliau itu mungkin hanya memberi keistimewaan untuk mahasiswa/i.Yalah orang kata,dah besaq,pandai-pandailah fikir sendiri. 

 
 
 


Mula Lagi

Saya mula menulis lagi.
Untuk selamat.
Sila jangan tinggalkan blog anda.
Maksud saya.
Dalam jangka masa yang lama.