Pages

Thursday, 22 December 2011

Tabahlah Duhai Diri..


Aku mengintai pelangi nun jauh disana.
Indah sang pelangi menggamit hati insan terpesona.
Gambaran betapa penciptanya bersifat sempurna.

Berhajat sang hati untuk menggapainya.
Namun berkata sang alam,banyak cabarannya.
Tekad di hati ingin menjejakinya.
Meski onak duri menghalang jalannya.
Oh,tidak sekali menyirna semangatnya.

Sungai nan liar juga mencegah hasratnya.
Membawa jiwa terasa penatnya.
Sang hati memujuk jasadnya.

Andai tekad membulat dalam hatinya.
Maka terbongkarlah rahsia dan kesepian pelangi nan misteri.

Andai akal diperguna sebaiknya.
Takkan mustahil pelangi nan indah dapat digapainya.

Andai jasad tak putus mohon padaNya.
Onak duri, mahupun sungai yang meliar pasti mampu kau hadapinya.

Andai usahamu tak kenal penatnya.
Kau akan peroleh hasil tak terjangka daripadaNya.

Ingatlah diri pada janjiNya.
Tiap kesusahan itu disertai kesenangan dariNya.
Suluhkan harimu dengan ayat-ayat cinta dariNya.
Agar mudah mujahadahmu dijalanNya.
Moga kau mampu menggapai pelangi pelangi indah ciptaanNya.


Terbang Dengan Warna.
(Flying With Colour)

Arifah Waly.
Anugerah Bestari.
6.11.p.m
ums


Friday, 2 December 2011

tolong aku!



اعوذ بالله ان اكون من الجهلين
'ya Allah, aku berlindung kepada-Mu, 
daripada tergolong dalam kalangan orang-orang yang bodoh (jahil).'
[Al-Baqarah : 67]

Arifah Waly,
Anugerah Bestari,
12.03.a.m.
( _ _")/""

Thursday, 1 December 2011

cinta tanpa noda

 
gambar hiasan

Tak mampu kudustai rasa ini,
Cukuplah dengan pertautan hati,
Belum masanya berhubung saban hari,
Awasi hati dan anggota, takutkan Ilahi.

Aduh!
Beratnya menggalas perasaan cinta,
Tatkala pacaran menjadi budaya,
Mujurlah wahyu menunjuk cara,
Jangan diikut sebahagian besar manusia. (Al-An’am: 116).

anugerah bestari
5.50.p.m

Saturday, 26 November 2011

Kembali


Wahai tuhan yang Maha Pemurah.

Terangilah ku dengan nur imanMu.

Hanya Engkau tempat aku berserah.

Mohon maghfirah didalam syahdu.

Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.

Ampunilah segala dosaku.

Laksana buih di laut memutih.

Hanyut di telan gelombang nafsu.

Hari-hari yang telah aku lalui.

Ingin ku tinggalkan.

Terus bersemadi.

Ingin aku kembali kepada fitrah insani.

Tak sanggupku jelajahi rimba duniawai.

Bebaskanlah diriku dari dibelenggu.

Dosa noda nafsu durjana.

Terimalah taubatku ya Allah.

Pimpinlah daku ke jalan redhaMu.

Moga sinarMu kan terangi hidupku.

Didalam kegelapan.

Aku kan kembali padaMu rabbi.

Mengadapmu ya Rabbal Izzati.

Segala ketentuanMu ku pasrahkan.

Di hujung penghayatan.


Kolej Anugerah Bestari.
9.59 a.m.

Sunday, 13 November 2011

kafe cinta : bila baju kurung bertemu baju melayu.

dari kiri : pn.norhazlin,ustzh.fatimah syarha,ust.issraq,ust.sarip adul.

Bagi melunaskan janji saya untuk sahabat-sahabat saya.
maka dengan senang hatinya saya 
menunjukkan link jer untuk video forum dulu-dulu(seperti dalam perjanjian.)

Forum kafe cinta.
Panel forum : 

(serba sedikit tentang beliau,boleh klik sini.)


3.Ustaz Issraq Haji Ramli

apa yang boleh saya kongsikan hanyalah rakaman video forum tersebut.
(saya tidak mampu menunggu lama untuk meng'upload video forum tu,
maka saya sediakan link.)

boleh menontonnya pada link berikut(pilihlah,sama jak isinya tu.)

bagaimanapun saya sarankan kepada anda 
untuk menyerbu link pertama untuk keselesaan.
semoga ianya bermanfaat.
ayuh,kita sama-sama fahami apa itu cinta?
(makanan laut ka,perasaan ka,atau apa cinta itu sebenarnya,semua akan terjawab.InsyaAllah)
apa tunggu lagi.
sila-sila.
^_____________^
sila jangan cari saya  sebahagian daripada manusia yang mendambakan cinta sejati.

p/s:kepada sahabat-sahabat saya yang berkenaan,mintak maaf sangat-sangat saya x mampu untuk mengarang
isi forum lepas.maka saya mengambil jalan mudah.post agak ketinggalan zaman,tp,InsyaAllah ilmunya berguna sepanjang zaman.

sharing is caring maa.
kolej A.B.
ums

Thursday, 10 November 2011

cukupkah sekadar ucapan gedik?

sekarang dah masuk ke-13 zulhijjah.
aku tahu ada yang rasa.
agak kelewatan untuk aku berbicara mengenai aidil adha ini.
tapi aku tak kisah.
(sebab aidil adha bukan hanya wujud tahun ini.harap kau maklum akan ituh.)

aku sebenarnya nak cerita sikit.
hari tu(masa 10 zulhijjah).
aku survey-servey lah alam maya.
alaa,dunia moden kan.
maka,aku mendapati sungguh banyak ucapan selamat,sempena aidil adha.
macham-macham bentuk ucapan aku melihat,hasil karya
manusia-manusia ciptaanNya.
tidak kurang juga ucapan yang agak Gedik.


tak.
tujuan utama aku menulis entri ini,bukanlah untuk menghina mana-mana pihak.
(moga beliau yang mengeluarkan ucapan gedik itu sentiasa mendapat rahmatNya)
cuma apa yang menjadi pokok persoalan dalam kepala hotak aku ni.
cukupkah kita menyambut ketibaan aidil adha hanya dengan 
menerima atau memberi sehujan ucapan gedik selamat?

maaf.aku mengeluarkan kenyataan ini,bukanlah bermaksud,
memberi & menerima sehujan ucapan selamat itu salah.
tak.

apa sebenarnya yang ingin aku sampaikan ialah,
bagaimana sepatutnya kita fahami qurban itu.
(sekali lagi aku mohon maaf.aku bukanlah manusia alim-ulama,cuma nak kongsi apa yang aku faham.)



toyyib.ok,apa yang aku faham?
yang aku faham, Qurban itu ialah bukti kepatuhan terhadap hukumNya.
melalui firmanNya:

“Dan bagi tiap-tiap umat telah Kami syariatkan penyembelihan (qurban), supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang telah direzekikan Allah kepada mereka, Maka Tuhanmu ialah Tuhan yang Maha Esa, kerana itu berserah dirilah kamu kepada-Nya, dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh (kepada Allah)” [QS. Al-Hajj (22): 34]

nak senang faham pasal qurban ni.
kita bleh refresh balik kisah Nabi Ibrahim a.s. yang patuh terhadap hukum Allah 
yang memerintahkan kepadanya untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.

Maka, tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata, “Hai Anakku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!” ia menjawab, “Hai Bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.”
Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis(nya), (nyatalah kesabaran keduanya). Dan, Kami panggillah dia, “Hai Ibrahim, sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu. Sesungguhnya, demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya, ini benar-benar suatu ujian yang nyata, dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar” [QS. As-Shoffaat (37): 102-107]
********
maka itu,ayuh kita nilai diri kita sendiri.sejauh mana kita aplikasikan kefahaman qurban itu dalam kehidupan kita.sejauh mana kita berkorban(masa.harta mahupun tenaga)untuk membuktikan kepatuhan kita kepadaNya.
********
satu lagi yang kita kena faham mengenai qurban.
yalah.
tiba saja raya qurban,sudah  pastilah akan ada pengagihan daging qurban.
(maka,tolonglah wahai kita.ingat,qurban itu bukanlah mengorbankan haiwan qurban semata-mata.)
ketahuilah wahai kita.
apa yang penting dalam melakukan qurban ialah,ketqwaan.
kerana itulah yang akan dilihat olehNya.
Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredhaan) Allahh, tetapi ketaqwaan dari kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu, dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik” [QS. Al-Hajj (22): 37]
********
jelas enggak?
makanya.ayuh kita sama-sama taubat muhasabah cinta diri.
sejauh mana kita menghayati makna sebenar qurban ituh.
dan harapnya.
kita tergolong dalam kalangan manusia yang bertaqwa.
aamiiiiiin.

p/s:silakan memberikan ucapan kepada sesiapapun yang anda mahu bila tiba aidil adha,cuma jangan jadikan ucapan ituh sebagai prioriti sempena aidil adha.maknanya,aidil adha tidak hanya diraikan dengan ucapan gedik semata-mata.tapi kena hayati sesuai dengan makna qurban ituh sendiri.
wallahu'alam.
moga bermanfaat untuk kita.

Sunday, 6 November 2011

eid mubarak

salaam aidiladha
kepada seluruh kaum muslimin & muslimat.
bersama hayati maksud tersirat korban ituh.


Friday, 28 October 2011

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Ranau.


putera puteri sekolah kami.
bersatu menuju kejayaan.
seluruh jiwa raga akan kami korbankan.
untuk agama bangsa dan negara.

islam itu cara hidup.
akan terus dijulang.
ilmu diamalkan dunia dan akhirat.

jihad di jalan Allah.
akidah dan disiplin semuanya disatukan.

ikraaar.
kami laungkan.
berilmu,beramal, dan bertaqwa.

**************
tiba-tiba aku terkenangkan.
nostalgia indah di semekar.
di sekolah inilah aku di ajar makna ad-deen.
di sinilah bermulanya segala yang indah.
aku belajar apa itu
islam.
akidah.
qiraat.
tarannum.
munaakahat.
muamalat.
mutasyaabihat.
muhkamat.
uslub insyaa-ie.
al-mafa'il.
mansubat.
haqiqah wal majaz.
isti'arah.
homeostasis.
acid & bases.
electrolysis.
momentum.
inertia.
integration.
differentiation.
sekularisme.
malaysia.
kmm.
sanad.
musnad.
li'an.
urbanization.
kemanisan berukhuwah.
(sesungguhnya terlalu banyak benda yang aku pelajari di bumi semekar.
kalau aku nekad menyenaraikannya, pasti sudah tentu, laptop aku hang sebulan.)
dan yang pastinya.
aku belajar menghargai pengalaman.
(pengalaman yang belum tentu akanku jumpa di tempat lain.)

***********
sekolahku terchenta.
kapan agaknya dapat kita ketemu semula?
semoga semekar terus gemilang.
dalam usaha memperjuangkan syiar islam.
InshaAllah.

**********

Tuesday, 25 October 2011

upcoming event.

uncle google give me this picture.

18.oct.2011
*mid-term : english.

31.oct.2011
*presentation of art appreciation.

1.nov.2011
*mid-term : organic chemistry.
*mid-term : pengantar ethics etika.

3.nov.2011
*mid-term : physical chemistry.
*mid-term : tamadun islam & tamadun asia.

be prepare my dear.
a.d.b
all da best!

ya.
cuma.
bayangkan.
mid-term.
adalah.
aiskerim.
bersedia.
atau.
tidak.
telan.
saja.
mid-term.
ituh.

don't wori.
be hepi.
moga berjaya.

ان فتحنا لك فتحا مبينا
مع التوفيق و النجاه







Monday, 24 October 2011

لو كان بيننا


video


لو كان بيننا الحبيب

لدنا القاصي والقريب 

من طيبة قبل المغيب 

طالباً قرب الحبيب

بقربه النفس تطيب

وتدعوا الله فيجيب

أنوار طه لا تغيب

بلغنا لقاه يا مجيب

فدتك روحي يا حبيب

محمد مكرم الغريب

بقربك الروح تطيب

يا رحمة للعالمين

Friday, 21 October 2011

bahtera di daratan.


tiba-tiba pula terimbau nostalgia.
nostalgia zaman kanak-kanak.
kisahnya 4 tahun yang lalu.
ketika itu umur baru mencecah 15 tahun.
(kira kanak-kanak lah tu.)

ketika itu :
masih menuntut ilmu di Semekar.
semestinya kelas bahasa arab (komunikasi).

sehingga kini masih lekat dalam otak saya ni.
ustaz saya tu mengajar kami satu syair.
(mestilah dalam bahasa arab.style arab.)
ustaz itu namanya.
ustaz Mohd.Normi.

syair itu berbunyi begini :

"ترجو النجاة ولم تسلك مسالكها ان السفينه لا تجرى على اليبس"
(maaf tidak dapat tunjukkan nada syair orang arab.bagi hintlah-nada syair arab ala-ala lagu hip hop.dan maaf 
sangat andai ada tersalah eja.almaklumlaah.)

maksudnya :

"kamu selalu mengharapkan kejayaan,tetapi kamu tidak berusaha untuk mendapatkannya.sesungguhnya kapal laut tidak belayar di daratan."

benar sangat.
kita seringkali berharap untuk mendapatkan kejayaan.
(tak kiralah dari apa sudut sekalipun)
tapi.
kadang-kadang harapan tersebut kita tidak disertai dengan usaha.

sedangkan kita tahu.
Allah tidak mengubah nasib kita sendiri.
 melainkan kita sendiri yang berusaha untuk mencapainya.
boleh rujuk surah ar-ra'd ayat 11:

'sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubah nasib
yang ada pada mereka sendiri.'

jelas bukan?
tapi.
kita ni.
sering sahaja kedengaran dalam kalangan kita.
dengan yakin berkata.
'alah,tawakkal jer lah.'
sedangakan kita tidak berusaha dengan penuh kesungguhan.
kita kena faham.
tawakkal itu bermaksud.
'menyerahkan sepenuh pengharapan kepada Allah(tak kisahlah dari aspek apa sekalipun)setelah
berikhtiar.'

jadi jelas disini bahawa kita kenalah berserah sepenuhnya
segala pengharapan hanya kepada Allah
setelah berusaha.

ketahuilah.
tawakkal adalah jalan terbaik setelah kita berusaha.
Rasulullah pernah bersabda :

“Kalaulah kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya Dia akan memberikan rezeki kepada kamu sebagaimana Dia memberikan rezeki kepada burung. Keluar di waktu pagi dalam keadaan kempis dan pulang dalam keadaan kenyang”.

liat aja.
betapa indahnya tawakkal itu kan?
(hehe.)

Allah juga ada berfirman :



"dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan cukupkan segala keperluannya."

(surah : at-thalaq : 33)

betapa indahnya bertawakkal.
segalanya akan jadi mudah andai kena pada landasannya.

makanya,ayuh.
sama-sama kita tawakkal.
inshaAllah akan berjaya.
(nada excited ni.)

jangan lupa untuk saling doa-mendoa-ei antara kita.
semoga dipermudahkan segala urusan.
ingat.
ان الله معنا
sesungguhnya Allah bersama kita.
dalam apa yang kita lakukan sandarkanlah pada Allah.
(sila jangan jadi kurang akal dengan membuat kemungkaran dan disandarkan kepada Allah.)

Moga-moga segala apa yang kita lakukan mendapat redhaNya.
amiin.

ps : entri ditulis ketika lapar.maka jangan hairan jika ayat bertabur.






titas.


tahniah.
mid-term titas(tamadun islam dan tamadun asia) ditunda.
asalnya akan dilangsungkan pada minggu ke-6.
telah ditunda ke minggu 9.
hanya bab 1-2 sahaja.

Japanese Cultural Night@UMS # 1

Japanese Cultural Night@UMS # 2

penat.


Wednesday, 19 October 2011

mesti miliki


assalamualaikum wbt.
jom kita ramai-ramai memeriahkan forum:
kafe cinta : bila baju melayu bertemu baju kurung.
tarikh : 22 okt 2011.
tempat : DKP 1 universiti malaysia sabah.
seuntai kata untuk forum ni, 

'cinta adalah sumber kebahagiaan hidup manusia.Cinta juga adalah fitrah,
tapi jangan bertukar menjadi fitnah.'

penampilan istimewa : fatimah syarha M noordin.
sedikit informasi mengenai beliau(fatimah syarha).

Nama : Fatimah Syarha Binti Mohd Noordin.
Maklumat pendidikan : 
1.kuliyyah ilmu wahyu dan sains kemanusiaan,
pengkhususan dalam ilmu fiqh dan psikologi.
2.ijazah bacaan al-Quran bersanad dan daurah bahasa,
universiti syeikh ahmad kiftaro, Damsyiq, syria.
3.master-UIAM dalam fiqh dan usul fiqh.

setahu saya.
beliau juga merupakan kolumnis majalah solusi.
(banyak sebenarnya.hehe)
juga seorang novelis.
dan semestinya buku-buku beliau yang best :
1.seindah mawar berduri.
2.hatiku milikmu.
3.tautan hati.
4.pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul.
5.syabab musafir kasih.

dan satu yang belum dibaca.
-sebarkan cinta-Mu.

novel bukan sebarang novel.
tapi novel-novel tersebut sarat dengan ibrah.
juga ilmu dan nasihat.
banyak manfaat yang diperoleh daripada novel beliau.
saya akui.
sememangnya buku beliau lebih berkisarkan kisah cinta.
tapi, kisah cinta yang di utarakan bukanlah sekadar cinta biasa.
inilah cinta sebenar-benar cinta.
InsyaAllah.
moga ianya sesuatu yang bermanfaat untuk kita semua.
dan.
moga beliau sentiasa dilimpahkan rahmat daripada Dia.
begitu juga dengan kita.

untuk maklumat lanjut mengenai beliau.
tekan sahaja nama di bawah ni.










Sunday, 16 October 2011

awesome!


apa kes#1
demi sahaja melihat kerita kereta mewah.
lantas dalam fikiran mu berkata.
"whoaaa~awesome bebeh!!!.
agaknya siapalah pemiliknya ni.
mesti pemiliknya hebat.huhu."


apa kes#2
bila jumpa rumah besar.
kat tepi jalan.
tengo dari luarnya sahaja.
dah dapat bayangan betapa mewahnya didalam rumah tersebut.
lalu dengan rasminya tertanam dalam jiwa.
"ok.satu hari nanti aku akan dapat bina rumah seperti ini.
pasti.aku akan berusaha sedaya upaya."
(penuh kesungguhan sehingga terlihat api di atas kepala-tanda semangat.)

apa kes#3

tak cukup dengan itu.
bila saja ada material baru.
maka rasa ingin memiliki itu akan munchul tanpa dipinta.
alaa.in-trend lah katakan.
setiap material mesti yang the latest brand.
kelas ko jah!
betul kan?
ya.ok.apa sih sebenarnya yang loe ingin sampaikan?.

*************

kau dan juga aku:

berbalik pada kes  pertama.
kenapakah?
kita akan berfikir terus hebatnya pemilik kereta tersebut.
tapi.
terkadang atau mungkin mimang selalunya.
bila melihat sekelian alam.
yang dicipta oleh yang Maha Hebat.
(ingat segala material yang tercipta di dunia ini, asalnya ilham daripadaNya.maka kau yang kononnya penchipta blekberi,proton,arkitek n etc,sila jangan bongkak.)
tidak pula terlintas dalam akal kita ni.
"subhanAllah.Engkau Maha Hebat ya Allah."
astaghfirullah-al-azim.

kes ke-dua.
pernahkah bila kita lihat laut contohnya.
kita kemudian berfikir.
"cantik,indah,hebat sungguh laut ini, pasti pencheptaNya lagi sangat Maha Hebat.
SubhanAllah.Maha suci Engkau, aku memohon redhaMu."
hmm..pernah?.
kalau pernah,tahniah.
dan moga ianya sentiasa menjadi amalan.
tak pernah?
ayuh dong.
sama-sama kita berusaha untuk mengamalkannya bermula dari saat ini.

kes ke-3.
nampak sahaja material baru.
rasa ingin memiliki memunchak tetibe.
tapi bila sahaja kita melihat ada majlis ilmu contohnya.
kadang-kadang macham jarang sekali memunchak rasa ingin memiliki ilmu tersebut.
betul tidak?
sekali lagi.
bagi yang tak betul,tahniah.moga istiqamah.
dan.
bagi yang betul,ayuh kita sama-sama muhasabah diri.


kau: sila mengingatkan saya bila kau nampak saya melihat pantai sambil berkata whoaaaaaaaaaa~chanteknya.
hahahaha.




Saturday, 1 October 2011

Sabar dan Syukur.

duit raya in 19

"weh beb,apesal dari tadi saya tengo ko ni bukan main lagi murung tu.?"

"ala beb,duit aku hilanglah."

"oh,yaka?bila lagi?"

"baru jer tadi aku perasan.ntah tercicir kat mana,aku pun tak tau."

"oklah,ko dah makan ka belum ni?"

"belum beb.duit dah hilang.amacam nak pegi makan lak..aduuii ni yang aku tak suka.masa beginilah benda tu hilang.Kalau aku tahu siapa yang ambil duit aku tu,naya orang tu nanti.arrrggh."

"sabarlah beb.kali ni saya belanja ko makan.jom."

"naa..untungnya,dibelanja lagi tu..kalaulah duit aku tu tak hilang,makan besar aku hari ni,ada duit sendiri,dibelanja lagi."

******************

Ibrah mahupun iktibar daripada kisah ini ialah,sikap kita manusia yang seringkali tamak dan rakus. Individu yang kehilangan duit dalam dialog diatas salah satu contoh daripada sikap kita manusia yang selaaalu tidak  sabar bila ada kekurangan,dan tidak pernah puas dengan apa yang ada. Dalam hal ini,kita dah boleh rumuskan bahawasannya keadaan ini berlaku apabila dua sifat yang semakin pupus dalam jiwa kita manusia,iaitulah sikap sabar dan juga qana'ah-pudarnya sikap qana'ah akan membawa kepada sikap tidak bersyukur dengan apa yang telah kita miliki..

Jelas kelihatan dalam dialog di atas,dimana dalam kedua-dua keadaan,individu yang kehilangan duit itu,tidak tenang dalam kedua-dua situasi--yakni,gelisah bila kehilangan duit, dan bila sudah di bantu,massih lagi ada rasa tidak puas tu bah.Pertama.manusia tu,gelisah sebab tidak sabar.kemudian rasa tidak puas hati sebab,dia tidak bersyukur dengan apa yang dia dah ada.Dalam kedua-dua keadaan(hilang duit dan setelah dibantu),manusia ni tetap rasa susah hati.Dan inilah salah satu bukti yang faktor kurang atau lebih harta tu bukanlah pengukur ketenangan jiwa kita.

Daripada kisah ini,timbul pertanyaan di hati kita,machamaaana sebenarnya ketenangan jiwa tu?Kemudian,machamaana kita nak mencapai ketenangan itu.Baiklah,mungkin perkara biasa bila kita dengar,orang ni susah hati bila kekurangan harta.Tapi,apa yang peliknya kita sekarang ni,yang berharta melimpah ruah(diberi kekayaan) pun masih lagi ada yang gelisah-ceeh,gelisah gitu.

Kenapa?.ok,Rasulullah pernah bersabda;

   "bukanlah dinamakan kaya ini kerana hartanya yang melimpah ruah,tetapi yang dinamakan kaya itu adalah kaya jiwa."
(HR Bukhari).

Maka disini jelas,kegelisahan dan rasa tidak puas tersebut adalah akibat daripada miskinnya hati.

Kaya Jiwa.

Dalam hadis tersebut ada disebut pasal kaya jiwa,jadi apa sebenarnya kaya jiwa atau dalam kalimah lain,kaya hati? Adakah kaya hati itu adalah individu yang mempunyai banyak hati?.jawapannya,tidak,ya.Kaya hati dalam konteks ini ialah hati yang mampu bersabar bila ditimpa kemiskinan(musibah),dan mampu bersyukur bila mendapat kekayaan(kesenangan).Dalam apa sekalipun keadaa,individu yang kaya hati ini,tetap akan tenang.

Allah berfirman:

"ketahuilah dengan mengingati Allah,hati akan menjadi tenang."(ar-Ra'd:28)

Daripada ayat di atas,kita diingatkan bahawasannya dengan mengingati Allah,hati akan menjadi tenang.Tapi,gimana dong ketenangan itu datang?.
Jawapnnya mudah sahaja,yakni,bila hati mengingati Allah maka kita akan insaf,sedar dan faham akan maksud ketentuan serta takdir yang menimpa kita.Okeh,sebagai contoh,kita ditimpa musibah yang sangat berat,maka kita sedar itu adalah ketentuan daripada Allah yang mana kita wajib menerimanya atas sebab,kita adalah hamba.InsyaAllah dalam hati kita akan membisikkan kata-kata,'Takdir sentiasa mengatasi tadbir.tentu ada hikmahnya disebalik kepahitan ini.'Makanya dengan redhanya kita dengan ketentuan Allah tersebut,itulah yang akan mencipta taman ketenangan dalam hati kita.

Meskipun begitu,kepatuhan kita kepada Allah bukanlah alasan untuk tidak berusaha menolak kegagalan,kesakitan dan macham-macham lagi.Kadang-kadang Allah mendatangkan menimpakan satu takdir yang langsung tak terfikir oleh kita,maka pada ketika itulah,kita kena fikir dan pandang takdir tersebut dengan mata hati,apa hikmahnya.yalah,seringkali kita diingatkan,setiap yang berlaku ada hikmahnya.Maka kita kenalah bijak menyingkap apa sebenarnya hikmah disebalik takdir tersebut.Meskipun terkadang akal kita tidak dapat menjangkau apa hikmah tersebut,kita kenalah berpegang pada firman Allah:

"..Boleh jadi kamu membenci sesuatu tetapi ia amat baik untuk kamu dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu tetapi ia amat buruk bagi kamu.Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(al-Baqarah:216)

Dengan itu,individu yang hatinya mengingati Allah,sentiasa mensyukuri nikmat yang dikurniakan.Tidak  akan ada rasa bongkak,sombong,zalim apatah lagi.Ia akan sedar bahawasannya,segala nikmat yang diberikan adalah satu amanah.Maknanya,dalam kata singkat,nikmat itu satu amanah daripada Allah yang mempunyai maksud tertentu untuk difahami dan dilaksanakan.Sebagai contoh ya,si polan telah dikurniakan satu nikmat,yakni beliau seorang yang pintar dan seringkali mendapat keputusan yang terbaik dalam peperiksaan contohnya.

Maka,berbalik kepada cerita,nikmat itu amanah.Jadi si polan kenalah sedar akan hakikat bahawa,kepintarannya itu satu amanah yang diberikan kepadanya yang mana dia kenalah membantu rakan-rakannya yang lain dalam konteks belajar.Rasanya contoh ini sangat mudah untuk kita fahami.Dari ini juga kita boleh simpulkan,bilamana kita amanah dalam menyampaikan amanah,maka hidup kita akan lebih mudah-saling melengkapi antara satu sama yang lain.Namun,bilamana ada di antara kita yang tidak amanah dalam menyampaikan amanah,maka itu timbullah jurang pembeza diantara kita dan orang-orang sekeliling kita.

Alhamdulillah.

Sebagai konklusinya,bila kita ditimpa musibah,maka bersabarlah.Sabar itu indah,tahu?.Begitu juga bila dilimahkan nikmat,bersyukurlah,ingat firman Allah:

"jika kamu mensyukuri nikmat yamg diberikan,nescaya akan Ku tambahkan nikmat tersebut,namun jika kamu kufur,ketahuilah bahawa azabKu amat pedih."
(Ibrahim:7)

Liat aja,bila syukur ditambah lagi,tapi bila kufur,ingat Allah tak kata Dia akan mengurangkan nikmat tersebut tapi,kita dah diberi amaran awal-awal,iaitulah,siapa-siapa yang kufur,azab pedih menanti.

Kita umat islam,sudah diajar bial dapat nikmat,ucap alhamdulillah-segala puji bagi Allah.Jelas bukan maksudnya,segala puji bagi Allah.Bukannya bila dah dapat nikmat kaya contohnya,kita malah memuji-muji diri sendiri,.jangan-jangan,Kita kena sentiasa sedar diri,bahawa itu semua pemberian Allah dan kita wajib berterima kasih kepada-Nya.

Ingat,bila kita tidak rasa itu adalah pemberiannya maka itulah yang akan membawa kita kepada rasa sombong dan tidak pernah puas dengan apa yang kita ada.Bila tidak ada rasa puas,maka itulah yang membawa kepada sikap tamak haloba durjana dengan seniasa mencari dan terus mancari.Ini tidak jauh bezanya dengan orang yang minum air laut.Makin banyak diminum,makin haus jadinya.Fenomena inilah sebenarnya yang membawa kepada 'jenayah kolar putih'.Sudah kaya harta,tapi masih tamak kerana miskin hatinya.

Dan ketahuilah bahawa hakikat inilah yang pernah digambarkan oleh maksud sebuah hadis iaitu,jika dunia ini diserahkan kepada seorang yang tamak,maka dia akan menuntut sebuah lagi dunia yang seumpamanya.Inilah bahana kerakusan nafsu yang tidak pernah mengenal erti cukup dan puas.

Wallahu'alam.

p/s:sila ingatkan saya bila saya tamak haloba..haha.