Pages

Tuesday, 25 April 2017

mukasurat baharu

lelah menyelak lembar-lembar usang.
mengulangi kisah yang sama. muak!
disaat kau gelisah menelusuri lembaran berbeza dengan isi yang sama,
jiwa sering merintih.

'Allah, hambaMu dahagakan kisah baharu. hambaMu ini sudah derita melalui kisah yang sama.'

maka, dikurnia lembaran baharu dengan kisah baharu.
kisah yang pernah hampir kau lalui suatu ketika dahulu
namun, kau menyerah sebelum kaki melangkah ke medan tempur.

ada sebabnya Tuhan hadirkan peluang untuk meniti semula lembaran kisah ini.
nikmatilah dan telitilah lembaran ini dengan penuh kesungguhan.

ya. 
lembaran ini tidak penuh dengan lakaran indah bunga-bungaan sahaja.
mungkin satu masa kau akan dapati lembaran ini kosong.
dan.
kau hilang arah.
maka, waktu itu semoga kau tidak lupa wujudnya Dia.
Yang Memberi Petunjuk.
pintalah kekuatan dan petunjuk dariNya.

usah.
usah dipinta dihilangkan ujian, tapi pintalah kekuatan untuk menempuhi ujian.

'life is meant to be tested.'
semoga kau terus kuat.
semoga terlukis pelangi dihujung lembaran kisah ini dan
semoga kau peroleh infiniti hikmah dalam perjalanan ini.

'Allah, bantu kami untuk menghargai dan mensyukuri peluang yang Kau beri kepada kami.'

kips, 25/04/2017, 2221.p.m

tingkah kata dua entiti berbeza dalam jasad yang sama.

Sunday, 14 July 2013

Bingkisan Daging

Gambar ni tak salah saya, diambil oleh kakak saya kat tepi rumah di kampung.
'Rangka' pokok durian? Mungkin.

Persepsi.
Punya variasi.
Laluan lenggang-lenggok ala-ala penari dangdut,
menarikan tarian sundal
motifnya apa entah tidak mampu diuraikan
dengan minda dangkal kelas Z.

Sibuk dilamun buaian jiwa celaru sarang monyet
pucuk hijau daun pisang
habis dihurung serangga.
Sudah terhantuk baru terngada.

Kadang,
kelopak mawar kian jatuh
dek gangguan parasit
masih mengeluarkan
haruman, tak serik.

Kata punya akal
tetap perilaku persis Patrick
Otak tiada berfikir bagaimana?
Padah bongkak mendongak langit
menyombong, memagari seketul daging
pada akhirnya menjadi daging hitam
Busuk! Hanya layak menjadi santapan
Buaya albino.

Beruntung
andai usaha lebih
cari daging segar kala
tunduk, sujud hina pada yang maha satu
kala melafaz kalam agung.

Namun
andai tidak temui
putus asa jangan!
rahmatNya luas.

Pintalah daging bersih suci murni yang segar.
Mula pada lembaran baru.
Lakarlah, tulislah penuh teliti.
Salah tercipta, pemadam getah ada
Liquid paper pelbagai jenama ada.
Selagi wujudnya lembaran
Tiadalah konklusi pada kegagalan.
Teruskan, hingga titik noktah penuh bermakna ditemui.

Manusia diciptakan sebagai sebaik-baik ciptaan.
Beruntunglah bagi yang berfikir.
Sebaliknya, rugi.

Arifah Waly,
5 Ramadhan,
Somewhere in the world.

Sebar cinta Pencipta Cinta,
Islam tersebar, insyaAllah.